Cantik

Ini Kesannya Kalau Kita Kurang Minum Air Kosong Setiap Hari

100
SHARES
kurang minum air

“Malaslah nak minum air kosong. Kalau cuaca terik macam sekarang ni, lagi ‘best’ kalau dapat minum cendol, air batu campur, atau teh ‘o’ ais limau. Baru lega tekak….”

Dalam keadaan yang panas, memang nikmat kalau dapat minum air manis berais dan sejuk. Air kosong memang dianggap pilihan terakhir!

Sungguhpun cuaca yang panas melanda negara sekarang ini, masih ramai yang kurang minum air dan tidak peka dengan keperluan tubuh badan. Ada juga yang mengehadkan minum air untuk mengelakkan kekerapan ke tandas.

Sebenarnya tubuh badan orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memastikan tubuh badan berfingsi dengan baik. Jika tidak, mulalah datang masalah kesihatan. Nak tahu kesannya?

kesan kurang minum air

Foto Kredit: natural-health-journals.com

9 Kesan Terhadap Tubuh Jika Kurang Minum Air Kosong

Kurang air dalam badan sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan badan. Jadi, jika anda terpaksa hadapi simptom-simptom di bawah jika kurang minum air kosong. Ia juga adalah isyarat yang menandakan tubuh badan anda kekurangan air secukupnya.

1. Mulut kering

Jika mulut terasa kering, elak minum air manis untuk atasi masalah kering.

Sebaliknya, amalkan minum air kosong kerana ia memastikan mulut sentiasa dalam keadaan lembap.

2. Kulit kering

Kulit kering

Foto Kredit: wisegeek.com

Kulit kering ini apabila dipegang terasa kasar. Kulit pun menjadi kurang anjal apabila ditekan. Lebih teruk kalau ianya mula mengelupas.

Jadi, apabila tubuh badan menerima air yang secukupnya, kulit akan nampak lembap dan lebih berseri.

3. Nampak lebih tua

Kulit yang kering menyebabkan kulit mudah berkedut dan timbul garisan halus terutamanya di bahagian muka.

Kalau dibiar berterusan, tentulah akan menyebabkan anda nampak tua daripada umur yang sebenarnya. Takutnya!

4. Mata kering

Apabila kurang air dalam badan, bukan sahaja mulut dan kulit kering malah mata turut terjejas.

Bukankah ini bahaya? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memakai kanta pelekap atau ‘contact lense’. Mata anda akan sentiasa rasa gatal dan pedih.

5. Lenguh dan sakit sendi

Jika kurang minum air, fungsi badan pun akan menjadi kurang efisyen.

Badan mudah terasa lenguh dan sengal sendi setiap kali membuat pergerakan yang berat seperti berlari dan melompat.

6. Lambat sembuh

Selalu kencing sebenarnya bukanlah sesuatu yang tidak bagus.

Badan sebenarnya sedang membuang toksin daripada badan. Jadi, lebih banyak toksin akan terkumpul dalam badan kalau anda kurang minum air.

Apabila anda terkena penyakit seperti demam, ia akan berlarutan kerana panas dalam badan sukar dikeluarkan akibat kurang air.

7. Mudah letih

Apabila air kurang dalam badan, oksigen juga akan kurang mengalir dalam badan.

Ini menyebabkan badan cepat letih dan kurang stamina.

8. Cepat lapar

http://stresscaredoc.com

Foto Kredit: stresscaredoc.com

Bagi yang sedang ‘diet’, pastikan anda mencapai air kosong dahulu sebaik timbul rasa lapar. Kenapa?

Apabila badan kurang air, ia memberi tindak balas pada badan dan menyangka anda perlukan makanan. Namun, hakikatnya badan anda memberikan insyarat kurang air.

Apabila anda makan, badan perlu melakukan kerja berlebihan dan anda mudah letih.

9. Sembelit

Selepas makan dengan banyak, perut akan memproses untuk perkumuhan. Apabila kurang air dalam badan, sisa perkumuhan akan bertukar menjadi pepejal yang mana sukar untuk dikeluarkan.

Akhirnya terjadi sembelit yang menyakitkan.

kurang minum air

Foto Kredit: 54health.com

Sesibuk mana pun, cubalah minum air kosong secukupnya

Memang banyak perubahan anda akan lihat sekiranya ia dijadikan amalan. Kurang sakit-sakit, badan pun terasa ringan.

Pastikan anda minum secukupnyanya setiap hari, lebih-lebih lagi dalam cuaca panas melampau sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×