Famili

10 Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Yang Berkesan

117.5K
reads
Petua Hilangkan Batuk

Petua Hilangkan Batuk

Batuk dan selsema adalah dua serangkai yang tidak dapat dielakkan. Paling tidak, dalam setahun, mesti beberapa kali kita dijangkiti batuk dan selsema. Ubat dari klinik atau farmasi biasanya sudah siap tersimpan di rumah.

Menurut Kementerian Kesihatan, antara punca yang menyebabkan batuk ialah:

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Sememangnya batuk merupakan sakit yang tidak akan berhenti selagi puncanya tidak dirawati. Namun, dengan sepuluh cara berikut, anda boleh hilangkan batuk anda. Ikuti petua hilangkan batuk di bawah ini.

1. Mandi Dengan Air Panas

Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda selain mandi dengan air panas adalah terapi terbaik untuk diri anda. Dengan mandi air panas, anda membolehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran nafas anda untuk kembang.

2. Teh dan Madu

Dari timur ke barat, meminum teh diakui baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai efek teraputik yang membantu proses pemulihan. Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.

3. Pergi Spa Urut

Apabila sakit batuk anda telah berkurangan, anda digalakkan untuk pergi ke spa untuk berurut. Ia boleh melancarkan perjalanan darah serta membuat toksin-toksin yang tidak dikehendaki dalam badan anda. Pastikan anda meminum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan di spa untuk membolehkan anda mengalami perubahan fizikal yang baik.

4. Kunyit

Makan masakan yang berasaskan kunyit apabila anda mempunyai masalah batuk terutamanya batuk kering. Jadi, masa lemak cili padi atau singgang merupakan antara masakan yang boleh di makan panas untuk membuatkan tekak anda rasa selesa selain menyembuhkan batuk anda.

5. Air

Antara sebab kenapa anda batuk ialah kerana kurangnya air di dalam badan anda. Oleh itu, meminum air yang cukup setiap hari memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing anda. Namun anda harus ingat bahawa air berperisa atau air manis tidak diambil kira.

6. Sup ayam

Tahukah anda bahawa sup ayam telah dibuktikan berkesan untuk merawat batuk? Kajian oleh Univerisiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.

7. Coklat

Coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasil reaksi batuk dalam badan anda. Maka, meminum coklat panas adalah baik untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa.

8. Menthol

Minyak sapu yang memiliki menthol seperti Vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk. Namun begitu, rokok yang mempunyai methol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama anda batuk dan ia menyebabkan batuk anda lebih teruk daripada biasa.

9. Tambah bantal apabila tidur

Sememangnya waktu paling sukar untuk tidur adalah apabila anda mengidap sakit batuk. Tidur sepanjang malam and tidak akan lena. Anda boleh cuba atasi masalah ini dengan menambah bilangan bantal di kepala apabila anda tidur kerana apabila kepala anda lebih tinggi sedikit daripada badan anda, ini membolehkan hingus atau kotoran di tekak dan hidung anda untuk hilang daripada salur penafasan anda.

10. Kebersihan persekitaran

Sekiranya anda dapati diri anda sering bersin atau batuk jika berada di sesuatu kawasan, maka ini bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan. Walau apa ubat-ubatan moden dan tradisional yang anda ambil, tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih sedia kala.

Namun sekiranya batuk anda tidak kurang dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tips-tips yang dikongsi ini hanyalah untuk membantu menghilangkan batuk dan tidak boleh digunakan sebagai gantian kepada nasihat doktor.

Rawatan Alternatif

Ini video dari Ustaz Sharhan Shafie. Beliau kongsikan doa & penawar untuk batuk berkahak. Mudah-mudahan, berguna.

https://www.youtube.com/watch?v=8-eRs1Skhmc

Selamat mencuba!

Carian Yang Berkaitan:

  • petua hilangkan batuk
  • cara hilangkan batuk
  • cara menghilangkan batuk
  • ubat batuk
  • penawar batuk
  • cara melegakan batuk
  • batuk
  • hilangkan batuk
  • petua batuk
  • ubat batuk tradisional
26 Comments

26 Comments

  1. warda

    February 9, 2015 at 9:17 pm

    No 1 PP 2/2 Taman Padu Permai,

  2. min ibudoakan

    February 11, 2015 at 10:59 pm

    Makan vitamin c juga mampu melegakan batuk..

  3. Zainab MR

    February 12, 2015 at 10:22 am

    Batuk yg teruk mmg menyeksakan..thanks for info..selain itu supplement pn blh membantu.amalkan omega guard..i

    Jom bertandang ke rumah saya..

  4. Siti Rozita

    March 28, 2015 at 5:02 pm

    good information.last month i batuk agak teruk,alhamdulillah selepas beberapa petua berkaitan disini as makan madu bersama lemon juga mengambil pil bawang putih atau garlic batuk hilang.
    The idea is cuba untuk cari apa yang sesuai utk kita supaya batuk cepat baik.

  5. Nurul Athirah Hairri Johanas

    April 12, 2015 at 9:04 pm

    Alhamdulillah… Terima kasih bagi info ya

  6. ayu

    April 21, 2015 at 11:32 am

    tq info berguna ni,,,!

  7. suhailey

    July 5, 2015 at 11:57 am

    tips no 3 tu paling menarik.syok pergi spa:)

  8. Mazlan Suratin

    July 25, 2015 at 7:12 pm

    Ustaz,
    “40 kuntum bunga cengkeh tu dimasukan dalam bekas.
    Baca Al Fatihah
    Baca Ayat Qursyi
    Baca Ayat 57 Syurah Yunus.” Jelas ustaz.

    Tapi saya tak jelas bunga cengkeh tu nak buat macam mana ustaz. Rendam minum air ke? kemam dalam mulut ke ustaz …….

    Terima kasih.

  9. mizi

    September 15, 2015 at 6:52 am

    Hrp2 petua diatas berkesan.
    bgn pg2 td dh terbatuk2 kering.
    pedih dan perit rasanya.
    mangsa jerebu tahun nh.
    ???

  10. afnan

    September 27, 2015 at 1:29 am

    batuk batuk

  11. ryynriena jamaluddin

    November 7, 2015 at 10:08 am

    harap2 petua diatas berkesan..tq

  12. Epiloque

    May 9, 2016 at 11:09 pm

    Salah satu petua yg saya pakai ialah makan bawang putih yg di bakar..3-4 biji sekali makan..alhamdulillah lega..

  13. ferra syz

    September 22, 2016 at 9:28 pm

    Tq info ye…sy mmg batok skg ni klinik dh n ubat batok mcm3 dh tekak ade bengkak doc dh bgi ubat tp dh 2 mggu lg teruk…madu n lemon dh n madu saje ngn air suam dh…hanye bkr bawang putih je blm sy try lg nk mkn…sbb sy x suke sgt mkn cmtu ape lg bwng putih…insya allah sy akn cube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top