Dapur

Resepi PATI LEMON MADU Bantu Reda Batuk Tak Henti & Gatal Tekak, Barulah Lega!

7
SHARES
penawar batuk

Tekak rasa tidak selesa apabila datangnya penyakit batuk. Apatah lagi, jika mengalami batuk yang berpanjangan. Apa kata, anda berikhtiar dengan minum pati lemon madu ini sebagai penawar batuk berpanjangan dan gatal tekak.

Melalui info resepi pati lemon madu dikongsikan Mazlan Mat Wi ini, ia dikatakan boleh membantu meredakan batuk dan gatal tekak yang belum pulih. Malahan, boleh juga mengurangkan paras kolesterol! Jom, lihat resepinya di bawah.

Baca juga: 3 Petua Melegakan Sembelit Dicadangkan Doktor, Baru Puas Dapat Keluar Najis Keras!

PENAWAR BATUK BERPANJANGAN DAN GATAL TEKAK

penawar batuk

Gambar: Mazlan Mat Wi

Cara membuat pati lemon madu

Jom buat pati lemon madu.

Menjengah ke pokok lemon, nampak banyak buah yang sudah masak menguning. Tambahan pula, sekarang ini tekak selalu rasa gatal-gatal dan batuk pun belum baik sepenuhnya.

Jadi hari ini kita petik lemon dan cuba buat pati lemon madu. Sangat mudah nak buat sebenarnya!

Baca juga: Menu Iftar Ramadan Seminggu Tanpa Minyak 100%, Sesuai Buat Pengamal Diet Sihat!

Bahan-bahan:

  • 6 biji lemon
  • Halia
  • 1 senduk gula perang
  • 300ml madu asli
  • Secubit garam

Cara-cara:

penawar batuk

Gambar: Mazlan Mat Wi

  1.  Rendam lemon sekejap dengan air garam dalam 10 minit. Kemudian bilas dan basuh bersih.
  2. Potong nipis, buang biji. Tambahkan halia, kalau tak suka tak perlu letak.
  3. Masukkan gula perang, madu asli dan secubit garam. Tak perlu tambah air dan gaul sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar.
  4. Bila dah sebati, masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Selepas sehari dah boleh guna.

(Kredit: Siti Hasnah AR)

Baca juga: 7 Snek Berkhasiat Pendamping Anak Semasa Buat ‘Homework’, Gerenti Lebih Fokus!

Pati Lemon Madu ini sesuai dicampur ke dalam teh untuk dijadikan teh lemon. Pati lemon madu ini juga boleh meredakan batuk dan mengurangkan paras kolestrol.

Bila nak minum, cuma perlu tambahkan air sebab pati ini sangat pekat. Boleh dimakan bersama buahnya sekali kerana tidak ada rasa pahit sama sekali. Lagi lama simpan, rasa jadi lagi sedap!

Baca juga: Minum KOPI PAHIT Khabarnya Beri 10 Manfaat Kesihatan, Termasuk Cegah Penyakit Lupa!

Sumber: Mazlan Mat Wi

FT Image: Mazlan Mat Wi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×