Dapur

Tak Sangka Minuman Barli Campuran Lemon Boleh Atasi KOLESTEROL, Petua Melayu Lama!

18
SHARES
petua atasi kolesterol

Kolesterol merupakan masalah kesihatan yang tidak asing lagi. Terdapat banyak petua Melayu lama untuk mengatasi masalah ini. Sebagaimana, perkongsian Puan Diyanah Safiya tentang petua atasi kolesterol dengan hanya meminum air campuran barli dan lemon.

Kalau anda nak tahu, minuman petua ini bukan sahaja boleh atasi masalah kolesterol. Tetapi, ia juga dipercayai mempunyai banyak manfaat lain kepada kesihatan seperti menyejukkan badan dan sebagainya. Jadi, nak tahu lebih lanjut mari ikuti resepi petua atasi kolesterol di bawah.

Baca juga: Ini 4 Petua Rawat Keracunan Makanan Cara Orang Lama, Ikhtiar Awal Sebelum Jumpa Doktor!

PETUA ATASI KOLESTEROL

petua atasi kolesterol

Gambar: Diyanah Safiya

Petua atasi kolesterol dalam badan dengan barli dan lemon

Itu dia, macam tak percaya pula kan gabungan barli dan lemon ini. Namun, hakikatnya begitu lah. Belum cuba belum tahu, you all wajib buat tahu. Bukan untuk atasi kolestrol sahaja, malah banyak lagi manfaat yang kita boleh dapat.

Bahan-bahan:

  • 3 atau 4 sudu besar biji barli
  • 2 atau 3 sudu kecil madu
  • 3 gelas air
  • 1 hirisan lemon

Cara-caranya mudah sahaja:

  1. Sebelum rebus, basuh dan rendam dulu dalam 2 3 jam macam itu supaya masa nak rebus nanti cepat lah empuknya.
  2. Kemudian, rebus biji barli dengan sukatan 3 gelas air tadi.
  3. Rebus barli sehingga bebet empuk.
  4. Bila dah empuk, sejukkan barli.
  5. Dah sejuk, tuang dalam gelas dan masukkan madu.
  6. Perahkan sedikit lemon atau masukkan 1 hirisan lemon tadi.
  7. Kacau rata dan sedia untuk diminum.

Mudah bukan?

Baca juga: Biar Betul? Tak Ramai Tahu KULIT UDANG Rupanya Boleh Cegah Obesiti & Kuatkan Ingatan!

Antara manfaatnya yang lain:

  1. Menyejukkan badan.
  2. Atasi masalah batu, demam dan selesema.
  3. Kawal gula dalam darah.
  4. Mencegah jangkitan saluran kencing atau kencing kotor.
  5. Mencegah batu karang.

Kebiasaannya, lepas minum memang akan kerap ke tandas. Maklumlah, proses detoksifikasi. Bagus lah kan untuk badan kita. Apa-apa pun selamat mencuba. Semoga bermanfaat ya.

Baca juga: Minuman Magik Bila Lemah BADAN Terus Jadi Segar, Guna Biji Selasih & 2 Bahan Penting Lain!

Sumber: Diyanah Safiya

FT Image: Diyanah Safiya / Drazen Zigic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×