Dapur

Ramai Tak Tahu Minum Air Rendaman Kacang Bendi Boleh Turun Kolesterol, Ini Petua Mujarab!

67
SHARES
khasiat kacang bendi

Siapa sangka dengan minum air rendaman kacang bendi, ia boleh memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan badan. Antara khasiat kacang bendi yang dapat diperolehi ialah menurunkan bacaan kolesterol.

Selain ubat, air rendaman kacang bendi juga dipercayai boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif untuk membantu menguruskan masalah kesihatan ini. Biarpun begitu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesan yang tidak diingini. Justeru itu, mari lihat resepi khasiat kacang bendi dari Puan  Salmah Muhamad di bawah.

Baca juga: 7+ Kebaikan Telur Puyuh Orang Tak Sangka & Info Menarik Berkaitannya!

KHASIAT KACANG BENDI

khasiat kacang bendi

Gambar: 200birdies.files.wordpress.com

Petua turunkan kolestrol yang berkesan dengan air rendaman kacang bendi

Kacang bendi mempunyai banyak kelebihannya. Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minum air rendaman kacang bendi ini saya tidak lagi alami kebas kaki, kolestrol saya juga telah turun. Berbaloi dari berhabis duit beli ubat setiap bulan.

Selain membantu menurunkan kadar kolestrol, kacang bendi juga mengandungi asid folik yang sangat bagus diamalkan untuk ibu mengandung mahupun ibu yang menyusukan bayi. Saya berjaya menyusukan anak sehingga dia berumur 3 tahun!

Baca juga: Air Soda Tanpa Kalori Dikhabarkan Dapat Kanser Bila Kerap Ambil, Ini Infonya!

Bahan-bahan:

  • 10 hingga 15 batang kacang bendi
  • Satu liter air

Cara membuatnya:

  1. Basuhkan kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong menjadi bahagian kecil.
  2. Masukkan bendi yang sudah dipotong itu ke dalam air.
  3. Simpankan air rendaman kacang bendi di dalam peti sejuk.
  4. Air akan berkurangan selepas direndam, apabila semakin kurang air boleh ditambah semula sehingga penuh. Pastikan menambah air hanya 3 kali tambahan sahaja.

Anda tidak perlu bimbang sekiranya air rendaman tersebut menjadi lebih pekat atau likat kerana rasanya akan menjadi lebih sedap dan boleh diminum dengan segar.

khasiat kacang bendi

Gambar: Salmah Muhamad

Antara khasiat kacang bendi

  • Mencuci hati
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar
  • Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
  • Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi
  • Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa
  • Bantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua
  • Air rendaman bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes
  • Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur
  • Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bukan Sekadar Ulam, Ini 7 Khasiat Daun Betik, Point No.2 Mesti Ramai Suka!

Sumber: Salmah Muhamad via kongsi resepi + petua + hiasan + taman kebun

FT Image: stock adobe / salmah muhamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×