Dapur

Ada 7 Petua Mudah MELEGAKAN Gigitan Serangga, Guna Bawang Merah Pun Elok!

2
SHARES
kesan gigitan serangga

Kesan gigitan serangga memang boleh buat badan rasa tidak selesa dan gatal-gatal. Kini, anda tak perlu risau sekiranya ingin melegakan tubuh dari gigitan serangga kerana terdapat banyak kaedah alternatif yang mudah sementara hendak pergi berjumpa doktor.

Di bawah terdapat 7 petua mudah bersumberkan bahan masakan dari ruang dapur anda yang dikongsikan oleh Puan Ana Mahabu. Salah satunya adalah menggunakan bawang merah dan siapa sangka ia boleh membantu melegakan rasa tidak selesa akibat kesan gigitan serangga yang dialami.

Baca juga: Manfaat Tombong Kelapa Bantu Rawat Sakit Buah Pinggang, Minum Tiap Pagi!

KESAN GIGITAN SERANGGA

kesan gigitan serangga

Gambar: Ana Mahabu

CARA MUDAH LEGAKAN GIGITAN SERANGGA

Petua untuk hilangkan rasa gatal dan tak selesa kena gigit serangga! Anda boleh pakai mana-mana satu petua di bawah ini yang mudah bagi anda.

1. Kulit kayu manis

Sama macam petua rawat kesan gigitan pepijat sebelum ini, anda sentiasa boleh pergi cari kulit kayu manis dekat dapur.

  1. Ambil serbuknya.
  2. Campur sedikit air masak.
  3. Sapukan pada kesan gigitan.
  4. Biarkan selama sejam.

Atau asah kayu manis pada belakang batu tumbuk sambal campur sedikit air boleh juga.

2. Letak ketul ais

Anda boleh juga ambil ketul ais yang ada dekat dalam peti sejuk di rumah.

  1. Balut ais dengan plastik.
  2. Pedapkan pada kesan kena gigit.

Tempat itu akan jadi kebas dan rasa gatal atau tak selesa akan hilang.

Baca juga: Hati-Hati, Tak Selamat Makan Ikan Tinggi Kandungan Merkuri & Ini Senarainya!

3. Buah betik

kesan gigitan serangga

Gambar: jcomp

Kalau kebetulan rumah anda ada buah betik, lagi senang.

  1. Potong secebis buah betik itu
  2. Letakkan pada kesan kena gigit serangga tu.
  3. Biar lama dekat situ.

Kesan itu akan lega.

4. Tenyeh bawang merah

Dekat dapur mesti ada bawang besar atau bawang merah bukan!

  1. Ambil bawang, kupas atau potong.
  2. Sapukan atau tenyeh saja pada kesan gigitan serangga.

Kesan gatal akan hilang.

5. Daun pudina

Jika ada daun pudina segar, anda boleh tenyehkan pada kesan gigitan serangga itu. Ini dapat berikan kesan lega sementara yang berkesan pada tempat rasa gatal.

6. Uncang teh

Kalau baru saja bancuh teh guna uncang teh, lagi mudah.

  1. Ambil uncang serbuk teh tu.
  2. Letakkan saja pada kesan kena gigit serangga tu.

Insha Allah akan rasa lega.

7. Aloe Vera

Biasanya dekat rumah kampung orang suka tanam pokok Aloe Vera. Ada lendir dalam daun aloe vera tu.

  1. Ambil lendir aloe vera.
  2. Sapukan saja pada kesan kena gigitan, Insha Allah lega.

Baca juga: Tak Sangka Air Rebusan Kayu Manis Ceylon Boleh Kuruskan Badan & Rawat Sakit Kaki, Mujarab!

Sumber: Ana Mahabu

FT Image: freepik / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×