Dapur

Ini 4 Petua Rawat Keracunan Makanan Cara Orang Lama, Ikhtiar Awal Sebelum Jumpa Doktor!

17
SHARES
petua rawat keracunan makanan

Alami cirit-birit dan muntah akibat keracunan makanan adalah perkara yang tidak disangka boleh berlaku. Jadi, sekiranya anda berada jauh dari klinik untuk mendapatkan ubat, tindakan awal dengan mencuba empat petua rawat keracunan makanan ini mungkin boleh membantu.

Ia boleh cuba diamalkan sebagai kaedah sementara akibat keracunan makanan, sebelum anda pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan seterusnya. Mari lihat empat petua rawat keracunan makanan di bawah.

Baca juga: Biar Betul? Tak Ramai Tahu KULIT UDANG Rupanya Boleh Cegah Obesiti & Kuatkan Ingatan!

PETUA RAWAT KERACUNAN MAKANAN

petua rawat keracunan makanan

Gambar: nationalgeographic

Keracunan makanan

Biasanya simtomnya ialah muntah, cirit birit atau kedua duanya sekali. Ada beberapa puncanya.

  • Benda asing bersifat racun yang termasuk ke dalam makanan
  • Akibat termakan tumbuhan beracun
  • Akibat bakteria atau virus

Tumbuhan beracun ini biasanya akibat enzim pada getahnya atau jenis cendawan beracun. Bakteria dan virus ini yang bahaya adalah sisa kumbahan dia yang membentuk toksik yang menjadi racun. Rawatan utama memanglah pergi hospital atau klinik.

Baca juga: Minuman Magik Bila Lemah BADAN Terus Jadi Segar, Guna Biji Selasih & 2 Bahan Penting Lain!

Empat petua rawatan keracunan makanan

Tapi dalam kes tertentu kalau kecemasan contohnya kita dekat tengah hutan atau di kampung yang jauh dari hospital, mungkin boleh ikhtiarkan tindakan atau langkah, sementara sebelum dapat pergi hospital.

Jadi atok bagi sikit antara amalan orang dulu dulu untuk rawatan keracunan makanan.

  1. Ini semua orang tahu, minum air kelapa muda sebab ia bersifat penawar menyah toksik.
  2. Arang ditumbuk, bancuh dengan air dan minum. Arang (carbon ) juga menyerap toksik jadi ia bersifat buang toksik.
  3. Akar pokok lemba direbus dan minum airnya, ia juga bersifat nyah toksik.
  4. Goreng beras tanpa minyak (sangai), tumbuk dan bancuh dengan air dan minum. Ia juga bersifat buang toksik.

Dari 4 petua ini yang akar lemba tu atok belum cuba. Manakala, yang lain itu seperti air kelapa muda, arang dan beras goreng semua atok dah pernah buat. Insya Allah, dapat meredakan sakit.

Jenis bakteria penyebab keracunan makanan

**Dekat bawah ini ialah beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

1. Gambar nombor 1 ialah salmonella

petua rawat keracunan makanan

Salmonellla yang boleh menyebabkan sakit perut, cirit birit dan muntah. 

2. Gambar nombot 2 ialah clostridium bottalinum

petua rawat keracunan makanan

Clostridium Bottalinum, ini jangan buat pasal toksik dia sangat kuat boleh membawa maut.

Mana atok tahu? Dulu memang atok kerja dalam makmal. Benda ini semua lah yang kami jada termasuklah dari sudut micro, kimia, food contamination, food poisoning dan macam-macam lagi.

Paling ketat kami tekankan ialah enterobacter, e.coli, coliform, salmonella dan clostridium bottalinum.

** Ingat atok sengkek kah, walau pun atok selalu tulis petua perubatan tradisional cara kampung, tapi atok memang orang sains yang berpengalaman 30 tahun berkerja dalam makmal tahu.**

Baca juga: Petua Rawat Masalah Buasir Ketika Hamil, Hanya Guna Putik Kelapa Muda Je!

Sumber: Mohd Salleh Mazukhi

FT Image: rdjan Randjelovic-Shutterstock / cideronline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×