Dapur

Elakkan Makan Makanan Berkulat, Awas Kalau Taknak Kena Kesan Ini!

2
SHARES
makanan berkulat

Nampak makanan berkulat jangan sesekali rasa ingin mencuba dan masukkan ke dalam mulut. Orang putih kata “curiosity killed the cat” bermaksud keinginan ingin tahu yang tinggi, kadang-kadang boleh memakan diri.

Menerusi perkongsian ilmu bermanfaat di bawah ini, makanan yang mempunyai kulat seperti roti yang telah lama tamat tempoh
akan mengakibatkan keracunan makanan dan memberikan beberapa gejala yang teruk pada tubuh badan. Oleh itu, mari lihat perincian di bawah.

Baca juga: Ini 7 Manfaat Makan Buah Cranberry, Sangat Bagus Untuk Pulihkan Kencing Kotor!

MAKANAN BERKULAT

makanan berkulat

Selamat pagi! Anda sarapan apa hari ini. Hati-hati jika makanan dibeli dari luar. Amalkan Lihat, Hidu dan Rasa sebelum makan.

Pentingnya kita perlu lihat dan perhati makanan kita sebab taknak perkara macam ini terjadi. Kulat pada makanan!! Jika termakan boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit.

Kulat pada makanan adalah pencemaran biologi makanan, toksin yang ada pada kulat akan menganggu sistem penghadaman kita apabila termakan.

Ingat, LIHAT, HIDU dan RASA dulu makanan kita dengan teliti. Lebih baik mencegah daripada mengubati.

Pengusaha makanan juga dinasihati agar menyimpan makanan pada tempat dan suhu yang betul untuk menjaga kualiti makanan dan mengelak makanan daripada rosak.

ROTI ANDA BERKULAT?

Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin (mycotoxin). Walaupun kulat telah dibuang pada permukaannya, jaringan akar spora atau hyphae mungkin telah merebak pada keseluruhan roti.

Kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetapi tidak selamat untuk dimakan.

Apakah pula kesannya jika anda terus memakan roti berkulat? Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk. Terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.

makanan berkulat

Kredit: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

Sumber: Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKWPKL&P

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×