Sebagai seorang rakyat Malaysia yang sejati, mencuba pelbagai jenis makanan semestinya perkara wajib yang akan dilakukan. Namun, jaga-jaga kerana anda mungkin menjadi mangsa keracunan makanan kalau tersalah pilih. Oleh itu, sentiasa perhatikan tanda tanda keracunan makanan yang boleh berlaku pada anda di peringkat awal.
Jangan pandang remeh kerana keracunan makanan ini juga boleh meragut nyawa jika tidak diberikan rawatan dengan cepat!
Baca juga: Anak Lelaki Tanya Kenapa Kemaluan ‘Keras’ Waktu Pagi, Ini Jawapan Kena Standby!
TANDA TANDA KERACUNAN MAKANAN YANG BERLAKU TANPA ANDA SEDAR
“Doktor, saya rasa tak sedap badan. Perut memulas, muntah-muntah, dan cirit-birit. Saya makan di luar semalam, adakah ini keracunan makanan?”
Keracunan makanan berlaku apabila makanan atau minuman tercemar dengan bakteria, virus, parasit, atau toksin. Puncanya biasanya makanan yang tidak disimpan atau dimasak dengan betul seperti ayam mentah, makanan laut, atau makanan yang dibiarkan di suhu bilik terlalu lama.
Tanda-tanda:
-Gejala utama keracunan makanan termasuk muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, dan demam.
-Untuk rawatan, hidrasi adalah kunci. Minum banyak air atau larutan rehidrasi oral (ORS) untuk menggantikan cecair yang hilang.
Anda juga boleh mengambil ubat OTC seperti:
-Loperamide (Imodium) untuk mengurangkan cirit-birit.
-Paracetamol (Panadol) untuk meredakan demam dan sakit perut.
-Antacid seperti Gaviscon untuk meredakan ketidakselesaan perut.
Sekiranya simptom berterusan atau teruk, segera dapatkan rawatan perubatan seperti di bawah:
1) Pastikan makanan, terutama daging, dimasak hingga suhu yang mencukupi untuk membunuh patogen.
2) Sentiasa cuci tangan sebelum makan dan pastikan alat memasak bersih.
3) Simpan makanan dalam peti sejuk jika tidak segera dimakan, dan elakkan meninggalkan makanan di suhu bilik terlalu lama.
*Jangan makan sampai lupa diri ya!
Baca juga: Baca 4 Doa Ini Kalau Nak Zakar Kuat & Sihat, Barulah Abang Lebih Yakin!
Sumber: X @DrSamhan