Asuh

Kaedah Betul ‘Defrost’ Bahan Basah Beku Untuk Elak Anak Keracunan

19
SHARES

Memang benar terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh ibu bapa untuk mencairkan atau ‘defrost’ bahan basah yang beku seperti daging atau ayam sebelum ianya dimasak. Antaranya adalah dengan meletakkan ianya diluar seharian melebihi 4 jam untuk mencairkannya.

Namun, melalui perkongsian dari Puan Shahida Zahira, kaedah ini sebenarnya dapat memberi risiko keracunan. Justeru itu, mari lihat beberapa kaedah lain yang kurang betul dan kaedah sebenar untuk mencairkan ayam/daging yang beku.

Baca juga: Ini Cara Rasulullah SAW Betulkan Kesalahan Anak, Wajar Diikuti Ibu Bapa Muslim

KETAHUI KAEDAH KURANG TEPAT & LANGKAH BETUL CAIRKAN BAHAN BASAH YANG BEKU

Mungkin ada dalam kalangan mommies yang meletakkan daging atau ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk lembut dan boleh dimasak.

Yelah sementara nak tunggu defrost tu elok lah kita buat kerja lain kan. Tapi sebenarnya kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, daging dan ayam mentah jika dibiar lama di luar adalah syurga buat kuman dan bakteria berkumpul sekali gus akibatkan keracunan.

KAEDAH KURANG BAIK MENCAIRKAN DAGING/AYAM BEKU

Menerusi perkongsian video tersebut, terdapat beberapa kaedah yang kurang baik digunakan untuk mencairkan daging atau ayam yang beku. Antaranya ialah:

  • Letak diluar seharian untuk cairkan ayam yang beku.
  • Curahkan air panas untuk cepat cair
  • Masak dalam slow cooker

LAKUKAN INI UNTUK CAIRKAN AYAM/DAGING  BEKU

So apa yang mommies boleh buat?

1. Letakkan daging atau ayam beku di ruangan peti sejuk (bukan beku), ‘chiller’ seharian.

2. Rendamkan dalam air pili yang bersih.

3. Guna fungsi ‘defrost’ ketuhar gelombang mikro.

4. Guna periuk tekanan tinggi.

Sumber: Tiktok Shahida Zahira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×