Sudah sedia maklum bahawa air kelapa mempunyai seribu satu nutrisi kepada tubuh badan manusia. Menurut Puan Mazliana Mazlan di perkongsiaannya, air kelapa sebagai pembuang toksin dari badan anak-anak.
Dapat bagi anak minum air kelapa seminggu sekali pun sudah memadai. Jom cari tahu disebalik tujuh sebab kenapa perlu beri anak minum air kelapa pada setiap minggu.
Baca juga: Doktor Kongsi Kaedah 5R Untuk Bentuk Kecerdasan Emosi Anak-Anak, Kena Cuba!
AIR KELAPA SEBAGAI PEMBUANG TOKSIN!

Gambar: Rasa nak minum je, angkat galah dan tarik. Gituuu.
Air kelapa pembuang toksin dari badan anak. Sebab tu kita kena bagi anak minum air kelapa segar paling kurang seminggu sekali.
Terlalu banyak khasiat air kelapa buat anak-anak. Air buah yang asli dan tinggi sangat nutrisi buat anak-anak.
KANDUNGAN MINERAL & NUTRIEN AIR KELAPA
Dalam air kelapa, ada kandungan mineral dan nutrien ni;
- Iron
- Chloride
- Pottasium
- Sodium
- Phosphorus
- Magnesium
- Lauric acid
- Calcium
7 SEBAB KENAPA ANAK PERLU MINUM AIR KELAPA SETIAP MINGGU

Gambar: Ini dia haa tukang angkut kelapa.
7 sebab kenapa kita kena bagi anak minum air kelapa setiap minggu;
1. SIHATKAN KULIT ANAK
Air kelapa lembapkan kulit anak, dengan kandungan antibakteria, antiviral dan antimikrob, bantu untuk elakkan jangkitan kuman di kulit.
2. BANTU PENGHADAMAN
Air kelapa tinggi fiber untuk sistem penghadaman yang lebih baik.
3. HIDRASI TUBUH ANAK
Air tenaga yang tinggi kandungan pottasium dan sodium, untuk elakkan dehidrasi pada anak, sangat sesuai kita bagi anak waktu tak sihat dan tak lalu makan.
4. KUATKAN TULANG
Tinggi kalsium untuk tulang yang sihat dan kuat.
5. MELAWAN JANGKITAN KUMAN
Bersifat antibakteria, antivirus dan antimikrob. Air kelapa dulu yang saya akan cari bila perasan anak mula nak demam.
6. ELAKKAN KECACINGAN
Antara natural food yang paling bagus untuk rawat kecacingan anak tau. Bagi anak minum 1 cawan setiap pagi.
7. DETOX BADAN ANAK
Toksin penuh dalam badan anak sebenarnya, dari makanan proses, sabun yang dipakai, persekitaran lagi. Air kelapa memang tak boleh tinggal.

Gambar: Nikmat kan!
Banyak lagi tau khasiat air kelapa. Bukan air je, kelapa dan semua produk kelapa pun sangat banyak khasiat yang ada.
Elakkan jus tinggi gula, perasa dan pewarna tiruan dari anak-anak. Gantikan dengan air kelapa tinggi nutrisi untuk anak.
Kita cuba sama-sama ya, banyakkan real food dalam makan minum anak.
REAKSI NETIZEN!
Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diterima dalam kalangan netizen. Termasuklah air kelapa dijadikan minuman amalan sewaktu demam, selain menjadi minuman kegemaran anak-anak mereka.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan