Asuh

Doktor Kongsi Kaedah 5R Untuk Bentuk Kecerdasan Emosi Anak-Anak, Kena Cuba!

19
SHARES

Kali ini Doktor Rozanizam Zakaria telah berkongsi kaedah 5R untuk membentuk kecerdasan emosi anak-anak. Menurutnya, Emotional Quotient (EQ) lebih penting daripada Intellectual Quotient (IQ). Bahkan, IQ itu boleh diukur, tetapi EQ tidak boleh diukur.

Mari ikuti perkongsian yang penuh manfaat daripada beliau di bawah.

Baca juga: Biar Anak Makan Buah Epal Sekali Kulit, Bagus Untuk Kuatkan Memori!

KAEDAH 5R UNTUK MEMBENTUK KECERDASAN EMOSI ANAK

Gambar: Disediakan oleh Puan Zatil Arip.

PRINSIP ASAS PSIKOLOGI IBU BAPA:

1. Tidak ada ibubapa yang sempurna, yang ada hanyalah ibu bapa yang sentiasa memperbaiki diri (No perfect parents, only improved parents).

2. Ibu bapa lah model kepada emotional intelligence anak-anak (mModel it out).

3. Bina ikatan dengan anak-anak (Bonding 3X!).

4. Ia adalah proses yang perlahan tetapi berterusan (Slow & steady process).

Sentiasa deposit emosi kepada anak-anak, itu pelaburan kita yang kita akan tuai kemudian.

Mempelajari psikologi anak-anak adalah 1 tuntutan agar setiap yang kita buat itu dengan ilmu.

KESTABILAN!

Anak-anak perlu stabil untuk membolehkan dia berkembang.

4S UNTUK BINA KESTABILAN ANAK:

1. SAFE (fizikal)

Anak perlu rasa selamat.

2. SECURED (hubungan)

Anak perlu rasa dilindungi oleh ‘attachment figure’ eg: ibu, ayah dll.

3. SOOTH (emosi)

Anak perlu rasa tenang.

4. SEEN (emosi)

Anak perlu rasa dihargai dan dipandang.

Hasil daripada 4S ini, anak akan dapat berkembang secara normal dari segi fizikal, kognitif dan emosi.

4 JENIS IBU BAPA:

Gambar hiasan: Pa&Ma.

1. Ignore – tak peduli emosi anak.

2. Disapproved – nafi emosi anak.

3. Leisure spare – ambil mudah emosi anak.

4. Ultra parents – ambil berat emosi anak.

Ibu bapa jenis ignore, disapproved dan leisure spare menghasilkan anak yang bermasalah.

Ibu bapa jenis ultra akan menunjukkan bimbingan emosi:

  • Mereka terima emosi anak.
  • Mereka pandu anak untuk ekspres emosi.
  • Mereka bantu anak mengurus emosi

EMOTIONAL QUOTIENT (EQ)

Emotional Quotient lebih penting daripada Intellectual Quotient.

EQ:

  • Tahu dan mampu mengendali serta mengurus perhubungan.
  • Tahu mengurus emosi diri.
  • Tahu cara untuk berhubung.

IQ itu boleh diukur, tetapi EQ tidak.

Kenapa perlu bina EQ?

1. EQ berkadar langsung dengan kejayaan.

2. EQ tidak boleh terbentuk sendiri.

EQ hanya boleh dibentuk melalui bimbingan emosi oleh ibubapa (emotional coaching by parents).

Tapi berita baiknya, otak anak kita ini seperti plastik;

  • Boleh dibentuk (mould).
  • Bahkan sehingga anak berumur 27-28 tahun,
  • Makin kita bentuk, makin cantik.
  • Makin kita buat, makin mahir,

Eg: Dari seorang anak yang tak pandai kawal marah kepada anak yang tahu cara mengawal dan melepaskan kemarahannya dengan betul.

EQ anak kita bergantung kepada kita sebenarnya!

KAEDAH 5R UNTUK BENTUK EQ ANAK

Gambar hiasan: KlikDokter.

1. REFLECTION

Gambar hiasan: SirapLimau.

Self-reflection/self-awareness.

  • Kemampuan untuk muhasabah diri dia.
  • Mampu lihat diri dia dari luar
  • Eg: “Aku marah sangat ni.. Aku kasar sangat ni..”
  • Dia sedar diri.
  • Tahu setiap kesan emosi kepada tindakannya dan kesan tindakannya kepada emosinya.
  • Ramai generasi muda hari ini tidak sedar akan dirinya (clueless generation).
  • Dalil muhasabah:

“Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah ia lakukan untuk hari esok (akhirat).. ” (Surah Al-Hasyr, 59: 18)

TIPS 10R UNTUK GALAKKAN ANAK MUHASABAH DIRI (ENCOURAGE SELF-REFLECTION):

1. Jadi teladan kepada anak (role model).

Anak belajar cara marah daripada kita.

2. Berikan masa lapang.

Allow free time supaya anak ada masa untuk fikir tentang diri dia.

3. Ambil masa untuk keluarga bermuhasabah.

Buat usrah keluarga, tanya dan bina perbualan.

Eg: “Apa 3 benda yang buat kakak gembira hari ni?”

4. Galakkan anak ekspres emosi.

Bagi anak luah sama ada secara kata-kata atau tulisan atau lukisan.

Anak boleh tulis diari.

5. Tanya anak soalan yang boleh buat mereka berfikir.

Anak akan belajar berfikir.

6. Tanya anak apa yang dia syukuri.

7. Belajar untuk ‘slow down’.

Ajar anak STOP untuk bertenang, baru proceed:

  • S-Stop dulu
  • T-Take deep breath
  • O-Observe
  • P-Proceed

8. Do it again, do it right.

Beri anak peluang untuk betulkan kesilapan dia. Bukan berleter tentang salah dia.

Minta dia buat semula dengan cara yang betul. Anak akan belajar dan berkembang

Eg: Ajar anak cara untuk minta tolong dengan tertib.

9. Puji mereka.

Syarat puji:

  • Sebut emosi kita.
  • Sebut kejayaan dia.

Eg: “Ummi happy sangat Anas tak kedekut dengan adik.”

10. Galakkan anak untuk selalu self-talk.

Ajar dia motivate diri sendiri.

Eg: “Kakak boleh buat.”

2. RELAXATION

Gambar hiasan: Pa&Ma.

Ajar anak untuk bertenang.

Bayangkan otak kita saat minyak dan air bercampur. Ketika kita tidak tenang, kita tidak dapat berfikir dengan baik. Baik dan buruk bercampur aduk.

TIPS 8R AJAR ANAK BERTENANG

1. Deep breathing.

Ada banyak teknik untuk buat deep breathing.

Sama ada seolah-seolah tiupan belon, bunga, guna bola kembang kempis. Boleh tengok YouTube Dr. Rozanizam tentang deep breathing.

2. Progressive muscle relaxation.

Cara release stress dengan jadi ‘turtle’.

3. Cara imaginasi:

Membayangkan berada di pantai etc, untuk escape/break otak daripada fikiran tak tenang tu.

4. Squeeze ball.

Masa kita marah, otak kita tak rasionalkan kerana otak luar shut down dan otak emosi activated. Otak emosi yang kawal.

Kita kena buat supaya otak luar kawal semula otak emosi. Tonton YouTube Dr. Rozanizam: Relaxation and mindfulness.

5. Buat aktiviti, senaman atau bermain.

Bukan melalui gadget. Gadget adalah artificial world. Anak kena tahu bahawa hanya dia sahaja yang boleh tenangkan diri dia sendiri

6. Ajar anak fikir positif.

Perbetul cara fikir anak.

Eg: “bukan susah, cuma belum pandai.”

Kalau kita fikir susah, emosi yang datang: “aku tak boleh buat ni.”

Ajar anak fikiran alternatif lain untuk bina fikiran positif.

Eg: “mesti ummi tak sayang aku.” tukar kepada “mungkin ummi penat dan susah hati, bukan ummi tak sayang.”

7. Role model.

Kita yang tunjuk kepada anak cara yang betul untuk bertindak bila marah atau tertekan.

Eg: berwuduq, solat, baca Quran, memasak etc.

8. Ajar anak untuk ekspres, ceritakan, kongsi apa yang mereka rasa.

Bantu dia untuk luah perasaan. Ingat, apa yang kita tanam saat anak umur 12 tahun mungkin berguna untuk dia ketika dia umur 20 tahun.

3. REGULATION OF EMOTION

Gambar hiasan: TheAsianParentMalaysia.

Kemahiran untuk kenal pasti dan kendalikan emosi secara positif.

Emosi ni dia ada range dia. Jika sekelip mata boleh berubah terus dari tenang kepada amuk, itu tandanya dia tidak mampu kawal emosi.

Kunci kestabilan emosi: resilient

TIPS 5R UNTUK AJARI ANAK KAWAL EMOSI (RULER)

1. Recognise.

Kita yang perhati dan kenal pasti, bukan tunggu anak yang datang. Pelajari kaedah LOOK.

2. Understand.

Belajar untuk tahu dan faham apa punca perasaan tu.

3.Listen & label.

Bagi anak cerita; anak akan belajar label emosi dia. Ada lebih 500 emosi dalam diri seseorang.

Name it to tame it’.

Anak lelaki sebenarnya lebih beremosi daripada anak perempuan cuma dia susah nak cerita.

To listen:

1. Stop anything else and listen.

2. Nod (angguk).

3. Rephrase/label emosinya.

4. Ask deeper question.

Eg: “oh abang rasa sedih sebab abi tak bawa abang sekali pergi masjid?”

4. Express.

Ajar anak ekspres dengan cara yang betul.

Eg: Bila marah boleh keluar bermain, bukan pukul adik.

5. Regulate effectively.

Ajar anak bagaimana cara untuk kawal emosi dan bertenang.

Eg: minta maaf, melukis etc.

4. RELATIONSHIP BUILDING

Gambar hiasan: Edutopia.

Anak mampu bina hubungi yang baik. Anak ada hubungan yang bermakna dengan orang lain. Anak mampu untuk berkomunikasi dgn orang lain.

7 KEMAHIRAN YANG PERLU UNTUK ANAK BINA PERHUBUNGAN:

1. Boleh berkongsi.

2. Boleh bekerjasama.

3. Boleh mendengar dan memberi maklumbalas.

4. Boleh mengikut arahan.

5. Boleh menghormati ruang privasi orang lain.

6. Boleh eye contact.

7. Berakhlak dan berbudi bahasa.

6 CARA UNTUK BINA PERHUBUNGAN:

1. Beri anak bermain.

2. Ajar anak urus emosi.

3. Ajar anak empati.

4. Bercerita dengan anak.

Social stories. Anak lebih cepat belajar ketimbang hanya kata-kata. Boleh tonton bersama anak filem Inside Out.

5. Modelkan pada anak cara berkawan.

6. Set rules dalam keluarga.

Eg: jumpa orang, salam.

5. RESPECT

Gambar hiasan: TheAsianParent.

Anak boleh menghargai orang lain, dan anak tahu bahawa orang lain ada nilai.

13 CARA AJAR ANAK UNTUK HORMAT:

1. Tunjuk kepada mereka yang kita hormat mereka.

Bila anak bercakap, kita tengok dia.

2. Biasakan pandang mata anak bila anak bercakap dengan kita.

3. Puji dia bila perbuatan dia menunjukkan dia hormat orang lain.

4. Hukum dia bila dia menunjukkan perbuatan tidak hormat orang lain.

5. Ajar anak untuk ambil tahu pandangan orang lain.

Anak perlu tahu bahawa pandangan orang lain matters.

6. Ajar anak kenal pasti pandangan orang lain.

Identify other people viewpoints.

7. Ajar anak kenal perihal orang lain.

8. Ajar anak berkongsi.

9. Ajar anak bersyukur.

10. Fahamkan anak kenapa dia jadi tidak hormat.

11. Ajar anak minta maaf.

12. Ajar anak ucap terima kasih.

13. Ajar anak empati.

#psikologiabiumi #notakeibubapaan #sebarkebaikan

Disediakan oleh Puan Zatil Arip.

Sumber: Facebook Dr Rozanizam Zakaria / Zatil Arip

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×