40 Minggu

Amalkan DETOX RAHIM Kaedah Singkirkan Toksin Dalam Badan, Ikhtiar Mudah Dapat Anak!

29
SHARES
cara mendapatkan zuriat

Bagi pasangan yang mengimpikan cahaya mata, pentingnya untuk mengetahui cara mendapatkan zuriat yang berkesan seperti menjaga kesihatan rahim. Hal ini kerana, pelbagai masalah dan penyakit berkaitan rahim boleh menyukarkan keinginan ini.

Salah satu cara untuk menjaga kesihatan rahim ialah dengan detox rahim. Kaedah ini dianggap dapat mengatasi pelbagai masalah hormon seperti myoma, cyst, PCOS dan masalah organ intim lain. Bagaimana detoks berfungsi dan apakah tanda-tanda detoks rahim berjaya? Mari, baca ulasannya di bawah!

Baca juga: 9 Punca Mama Belum Hamil Biarpun Kerap Bersama, ‘Timing’ Kena Betul Baru Ada Benih!

CARA MENDAPATKAN ZURIAT

cara mendapatkan zuriat

Gambar: freepik

Detox rahim

Detox rahim adalah kaedah membersihkan rahim untuk membuang toksin dalam badan. Di mana, ia bagus untuk kesihatan rahim secara keseluruhan.

Menurut American College of Obstetrics and Gynecology dan American Society for Reproductive Medicine, bahan kimia persekitaran toksik adalah pendedahan terbesar kepada manusia.

Kesan pendedahan kepada persekitaran beracun ini dipercayai juga boleh menjejaskan kesihatan reproduktif. Jadi, program kehamilan yang dirancangkan mungkin akan terganggu.

Kemunculan pelbagai penyakit reproduktif seperti PCOS, fibroid rahim, kehamilan ektopik, kegagalan ovari pramatang dan pelbagai penyakit reproduktif lain dipengaruhi oleh bahan kimia toksik dari persekitaran.

Baca juga: Stimulasi Puting Isteri Supaya Cepat Kontraksi Pada Bulan Ke-9 Hamil, ‘Guide’ Untuk Papa!

Detox rahim disyorkan untuk wanita mempunyai masalah hormon

Bagi membersihkan kepada pendedahan ini dan meningkatkan kesuburan, anda boleh melakukan detox rahim. Menurut Premama Wellness, detox rahim sangat disyorkan untuk wanita yang mempunyai masalah hormon seperti:

  • PCOS
  • Myoma
  • Cyst
  • Haid tidak teratur
  • Rahim kotor

Herba atau bahan semula jadi disyorkan untuk digunakan sebagai detoks rahim kerana ia dianggap lebih natural dan selamat. Kandungan bahan semula jadi mempunyai kesan yang berpanjangan.

Walau bagaimanapun, kaedah detoks ini dijalankan dengan cara tertentu dan dalam jangka masa yang panjang. Detox rahim sangat disyorkan untuk pasangan yang ingin segera menimang cahaya mata.

Baca juga: 7 Manfaat Hebat Buah Pear Untuk Ibu Hamil, Termasuk Cegah Kecacatan Janin!

8 tanda detox rahim berjaya

cara mendapatkan zuriat

Gambar: freepik

Detoks biasanya dilakukan dengan mengambil makanan tertentu untuk beberapa waktu, mengelakkan makanan dengan bahan pengawet dan lebih suka makanan segar dan semula jadi.

Detox boleh bermaksud proses penyingkiran racun atau toksin. Tanda-tanda detoks rahim yang berjaya biasanya ditandai dengan:

  1. Mengalami pergerakan usus yang lancar dan kerap membuang air kecil.
  2. Tidur menjadi lebih lena.
  3. Berasa pening akibat perubahan tabiat dan corak pemakanan sehingga tubuh memerlukan adaptasi semasa detox rahim.
  4. Senggugut lebih ringan dan lancar.
  5. Selalunya menyebabkan penurunan berat badan dan tubuh terasa lebih ringan.
  6. Perut rasa lebih kenyang dan keinginan untuk snek hilang.
  7. Masalah muka berkurangan seperti jerawat dan kulit kering.
  8. Badan lebih segar dan tidak sakit-sakit lagi.

Tanda kejayaan detoks rahim tidak dapat dipisahkan daripada cara anda menyahtoksik badan anda. Apakah tips untuk detoks rahim yang berjaya?

Baca juga: Bahaya Uri Melekat Pada Rahim Lepas Bersalin, Beri Ancaman Nyawa Pada Ibu!

Tips detox rahim yang selamat untuk tubuh

Bagi mengetahui tanda-tanda detox rahim yang berjaya boleh dilakukan dengan cara yang selamat dan semula jadi, menurut Natural Fertility, iaitu:

  1. Hanya makan makanan sihat.
  2. Rajin bersenam.
  3. Minum air lemon setiap hari dan seimbangkan dengan air putih.
  4. Rajin lulut (peeling) kulit tubuh.
  5. Detox dengan ramuan herba.
  6. Buat kawalan minda dan pengurusan tekanan.
  7. Mencuba urutan kesuburan.
  8. Manfaatkan terapi minyak jarak (castor oil).
  9. Mandi detox.
  10. Mengubah pola pemakanan sihat.

Beberapa bahan semula jadi untuk detox rahim yang disyorkan seperti:

ikhtiar hamil

Gambar: pressfoto

  • Halia
  • Motherwort
  • Marigold
  • Cengkih
  • Lemon
  • Madu
  • Kayu Manis
  • Ketumbar
  • Pelaga
  • Dong Quai
  • Raspberi
  • Rumpai Laut

Baca juga: Jus Kunyit Resepi Turun-Temurun, Rahsia Penjagaan Dalaman Wanita Zaman Dulu!

Sumber: Yoona.ID

FT Image: proostoleh / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×