40 Minggu

3 Amalan Doa Hamil Bayi Lelaki, Tak Salah Ibu Bapa Cuba & Ikhtiar Cara Ini!

7
SHARES
tips dapat anak lelaki

Sesetengah ibu bapa sangat menginginkan anak lelaki, kerana menganggap anak lelaki itu akan meneruskan keturunan keluarga. Salah satu tips dapat anak lelaki adalah berdoa dengan ikhlas kepada Allah SWT.

Ada tiga doa yang disyorkan untuk dibaca secara rutin apabila anda menginginkan mempunyai anak lelaki. Mari lihat di bawah!

Baca juga: Ketahui Tanda-Tanda Jahitan Czer Terbuka Semula, Ibu Kena Waspada & Jangan Abaikan!

TIPS DAPAT ANAK LELAKI DENGAN AMALAN-AMALAN DOA

tips dapat anak lelaki

Gambar: freepik

1. Doa yang ditulis oleh Imam Sulaiman bin Muhammad Al-Bujairami

Pertama, doa yang ditulis oleh Imam Sulaiman bin Muhammad Al-Bujairami dalam kitab Tuhfatul Habîb ‘ala Syarhil Khathîb [Hasyiyah Al-Bujairami ‘ala Khathib]. Dalam kitab ini, Syeikh Sulaiman Al-Bujairami menulis doa agar dikurniakan seorang anak lelaki.

tips dapat anak lelaki

Bacaan ayat dalam rumi:

Bismillâhirrahmânirrahîm. Allâhumma innî usammî mâ fî bathnihâ Muhammadan faj’alhu lî dzakaran fainnahû yûladu dzakaran insyâ Allâhu ta’âlâ.

Ertinya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku akan menamai apa yang ada di dalam kandungannya dengan nama Muhammad, maka jadikanlah ia anak lelaki bagiku, kerana Muhammad dilahirkan sebagai seorang lelaki, Insya Allah”
(Sulaiman bin Muhammad Al-Bujairami, Tuhfatul Habîb ‘ala Syarhil Khathîb, (Beirut: Darul Kutub Al-Ilmiyah, 1996), juz I, h. 520)

2. Doa berasal dari Sayidina Ali

Terdapat juga doa untuk mendapatkan anak lelaki yang berasal dari Sayidina Ali. Doa ini boleh diucapkan selepas solat atau selepas berzikir. Ini adalah usaha memohon kepada Allah agar dikurniakan anak lelaki. Berikut doanya:

tips dapat anak lelaki

Bacaan ayat dalam rumi:

Allohummaj’alhu dzakaron maumunan mubarokan shoolihan taqiyyan.

Ertinya:

“Ya Allah, jadikan janin (yang dikandung) sebagai anak lelaki yang beruntung lagi diberkati, yang soleh lagi bertakwa.”

Baca juga: Ibu Bapa Jangan Biasa Tukar Baju & Tayang Tubuh Depan Anak, Ada Sebabnya Islam Larang!

3. Doa oleh Syeikh Abi Muhammad Maulana At-Tihami

Terdapat juga percubaan untuk mendapatkan anak lelaki. Penjelasan ini terdapat dalam kitab Quratul ‘Uyun halaman 82 oleh Syeikh Abi Muhammad Maulana At-Tihami, yang menjelaskan bahawa salah satu cara untuk mendapatkan anak lelaki ialah dengan meminta isteri tidur dengan kepala di sebelah kiri perut setelah melakukan hubungan intim.

tips dapat anak lelakiErtinya:

“Apabila anda menginginkan anak lelaki maka setelah selesai (dari jimak) hendaklah memerintahkan isteri anda untuk tidur di sebelah kanannya, dan bila ingin anak perempuan, maka lakukan sebaliknya.” (Quratul Uyun:82).

Baca juga: Doa Anak Lambat Bercakap, Ikhtiar Cara Ini, InsyaAllah Lancar Mulut Si Kecil Bertutur

Syeikh Abi Muhammad Maulana At-Tihami turut menjelaskan doa khusus agar dikurniakan anak lelaki. Doanya adalah seperti berikut:

tips dapat anak lelaki

Bacaan ayat dalam rumi:

Bismillahirrahmanirrahim allahumma inni usammi ma fi bathniha Muhammadan faj’alhu li dzakaran.

Ertinya:

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sungguh aku (akan) menamakan janin dalam kandungan isteriku dengan nama Muhammad, maka kurniakan aku seorang anak lelaki.”

Kesimpulan

Memiliki zuriat adalah amanah dan anugerah yang besar daripada Allah SWT. Walau apa pun jantinanya, anak mesti dijaga dengan baik mengikut tuntunan Islam yang diajar.

Baca juga: Perut Mengeras Macam Nak Bersalin, Rupanya Itu KONTRAKSI PALSU (Braxton Hicks)!

Sumber: Dream.co.id

FT Image: mdjaff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×