Asuh

Tiap Hari Amalkan Ayat INI Dalam Surah Yasin Untuk Anak Pandai, Petua Bermanfaat!

99
SHARES
surah yasin

Ibu bapa mana yang tidak mahu anak-anaknya menjadi bijak sehingga ada yang menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan permata hati menjadi manusia yang celik ilmu. Hal ini termasuklah, mengamalkan Surah Yasin ayat 82 dengan meniatkan anak pelbagai hajat kepada Maha Esa.

Sebagaimana perkongsian dari Pengiran M. Nizam Rahman mengenai petua yang diamalkan oleh keluarga kakaknya di dalam kehidupan. Menurutnya, Surah Yasin ayat 82 ini selalu dibacakan sebagai pemula hari di atas ubun-ubun anak setiap pagi.

Baca juga: Dua Cara Mandikan Jenazah Mangsa Kebakaran, Elak Kulit Melepuh Tertanggal

SURAH YASIN AYAT 82 UNTUK HAJAT

surah yasin

Hajat pada anak…

Saya ada seorang kakak. Akak saya ini biasa-biasa saja, tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah dekat sekolah. Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin saja nak buat. Korang malas memang tak kemana lah.

Baca juga: Jangan Terlepas Untuk Minta 8 Doa Ini, 10 Minit Sebelum Masuk Waktu Berbuka!

Caranya adalah:

Setiap pagi baca ayat ke 82 surah Yasin seperti gambar di atas.

Apabila sampai perkataan “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati korang apa sahaja hajat untuk anak. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUN”.

Lepas itu, kau tiup lah atas ubun-ubun anak korang. Buat setiap pagi, Insya Allah. Kalau rasa tips ini bermanfaat, silakan kongsi ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aamin.

Baca juga: Cara Buat Solat Sunat Tasbih, Ini Panduan & Langkah Yang Jelas. Jom Beramal!

Sumber: Pengiran M. Nizam Rahman

FT Image: adobestock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×