Nur

Cara Buat Solat Sunat Tasbih, Ini Panduan & Langkah Yang Jelas. Jom Beramal!

117
SHARES
solat sunat tasbih

Solat sunat tasbih diberikan nama sedemikian kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih semasa mengerjakannya, yang mana setiap 1 rakaat tasbihnya 75 kali. Di mana, solat sunat tasbih dianjurkan melakukannya pada tiap-tiap malam. Tujuan solat sunat tasbih dilakukan untuk memohon keampunan daripada Allah SWT daripada dosa yang diketahui dan tidak sedari, yang baru ataupun sudah lama.

Justeru itu, di bawah terdapat panduan dan langkah yang jelas untuk membantu anda mengerjakan solat sunat tasbih. Mari lakukan!

Baca juga: Doa Keluarga Bahagia, Elok Amalkan Walaupun Belum Ada Zuriat Atau Masih Bujang

SOLAT SUNAT TASBIH

solat sunat tasbih

Gambar: mehbooba

Bila waktu mengerjakan solat sunat tasbih?

Solat ini boleh dikerjakan pada waktu siang atau malam selain dari waktu tahrim (waktu yang diharamkan solat sunat).

  • Dianjurkan mengerjakan solat sunat ini setiap malam dan sekiranya tidak mampu, dikurangkan kepada sekali seminggu.
  • Sekiranya masih tidak mampu, dikurangkan kepada sekali sebulan.
  • Dan sekiranya masih tidak sanggup sekali sebulan, memadailah melakukannya sekali dalam setahun.
  • Atau setidak-tidaknya sekali dalam seumur hidup.

Jumlah rakaat solat sunat tasbih

  1. Sekiranya dikerjakan pada waktu siang hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 1 salam.
  2. Sekiranya dikerjakan pada malam hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

Niat solat sunat tasbih pada waktu siang dan malam

Niat solat sunat tasbih terbahagi kepada dua, iaitu niat pada waktu siang dan pada waktu malam.

1. Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di siang hari (satu salam) ialah:

solat sunat tasbih

Usolli Sunnatal Tasbihi Arba’a Raka’atin Lillahi Taala

Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.

2. Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di malam hari (dua salam) ialah:

solat sunat tasbih

Usolli Sunnatal Tasbihi Rak’ataini Lillahi Taala

Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.

Disunatkan melakukan melakukan Solat Tasbih ini semasa Qiamullail dan dijadikan salah satu ibadah mengejar Lailatul Qadar.

Bacaan tasbih dalam solat

Bacaan tasbih yang dibaca di dalam solat sunat ini adalah:

solat sunat tasbih

Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Baca juga: Kalau Bulu Kucing Melekat Pada Pakaian, Badan Atau Sejadah…Sah Atau Tidak Solat?

CARA SOLAT SUNAT TASBIH (SIANG)

Cara Solat Sunat Tasbih dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat 4 rakaat yang lain.

Rakaat pertama

1. Berdiri tegak dengan mengadap kiblat.
2. Takbiratul Ihram serentak dengan niat di dalam hati.
3. Kemudian letakkan tangan di atas perut dan mula membaca Doa Iftitah.
4. Seterusnya bacalah Surah al-Fatihah.
5. Kemudian, bacalah Surah dari Al-Quran.
6. Selepas itu, bertasbihlah sebanyak 15 kali.
7. Teruskan dengan rukuk dan kemudian, bertasbihlah sebanyak 10 kali.
8. Kemudian iktidal dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali.
9. Kemudian sujud dan dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali.
10. Seterusnya duduk diantara dua sujud dan kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali.
11. Seterusnya lakukan sujud kedua dan kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua.
12. Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat kedua dan semasa istirahat, bertasbih sebanyak 10 kali.

Rakaat kedua

1. Rakaat kedua dimulai dengan Lafaz Takbir Intiqalat (takbir permulaan untuk rakaat kedua).
2. Ulang langkah rakaat pertama dari 4 hingga 11.
3. Bangun dari sujud dan terus duduk istirahat sebagai ganti Tahiyyat Awal serta bertasbih sebanyak 10 kali.

Rakaat ketiga

1. Rakaat kedua dimulai dengan Takbir Intiqalat.
2. Baca Surah al-Fatihah.
3. Selepas itu, bertasbihlah sebanyak 15 Kali.
4. Teruskan dengan rukuk dan kemudian, bertasbihlah sebanyak 10 kali.
5. Kemudian iktidal dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali.
6. Kemudian sujud dan dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali.
7. Seterusnya duduk diantara dua sujud dan kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali.
8. Seterusnya lakukan sujud kedua dan kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua.
9. Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat keempat dan semasa istirahat, bertasbih sebanyak 10 kali.

Rakaat keempat

1. Ulangi langkah rakaat ketiga dari 1 hingga 8.
2. Bangun dari sujud kedua kemudian terus lakukan bacaan tahiyyat akhir dan kemudian bacakan tasbih sebanyak 10 kali.
3. Beri salam.

Maka, selesai solat sunat tasbih siang di mana, jumlah tasbih dalam 4 rakaat pertama ini adalah sebanyak 300 tasbih.

Sekiranya terlupa membaca tasbih pada satu-satu tempat sebagaimana di atas, maka tasbih tersebut boleh digantikan di tempat berikutnya supaya jumlah tasbih yang dibaca genap 300 kali.

Setelah selesai solat, anda bolehlah membaca doa solat tasbih seperti yang dinyatakan pada bahagian di bawah.

Baca juga: Cara Solat Untuk Orang Yang Alami Kencing Tak Lawas, Ibadah Pasti Terjaga!

CARA SOLAT SUNAT TASBIH (MALAM)

solat sunat tasbih

Gambar: AkuIslam

Cara Solat Sunat Tasbih pada waktu malam dari segi pergerakan adalah sama seperti solat sunat 2 rakaat yang lain. Jumlah tasbih yang perlu dibaca adalah sebanyak 300 tasbih.

Rakaat pertama

1. Berdiri tegak dengan mengadap kiblat.
2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati.
3. Kemudian, baca Doa Iftitah.
4. Seterusnya bacalah Surah al-Fatihah.
5. Kemudian, bacalah Surah dari Al-Quran.
6. Selepas itu, bertasbihlah sebanyak 15 kali.
7. Teruskan dengan rukuk dan kemudian, bertasbihlah sebanyak 10 kali.
8. Kemudian iktidal dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali.
9. Kemudian sujud dan dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali.
10. Seterusnya duduk diantara dua sujud dan kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali.
11. Seterusnya lakukan sujud kedua dan kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua.
12. Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat kedua dan semasa istirahat, bertasbih sebanyak 10 kali.

Rakaat kedua, ketiga & keempat

1. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat.
2. Ulangi langkah rakaat pertama dari 4 hingga 11.
3. Bangun dari sujud kedua kemudian terus lakukan tahiyyat akhir dan kemudian bacakan tasbih sebanyak 10 kali.
4. Beri salam.
5. Segera bangun untuk rakaat ketiga dan keempat.
6. Ulangi langkah-langkah solat pada rakaat pertama dan rakaat kedua.

Jumlah tasbih dalam 2 rakaat pertama ini adalah sebanyak 150 tasbih. Oleh itu, 2 rakaat seterusnya akan menggenapkan tasbih sebanyak 300 tasbih.

Sekiranya terlupa membaca tasbih pada satu-satu tempat sebagaimana di atas, maka tasbih tersebut boleh digantikan di tempat berikutnya supaya jumlah tasbih yang dibaca genap 300 kali.

BACAAN DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TASBIH

Wirid dan zikir 

Tiada bacaan wirid atau zikir khas untuk Solat Tasbih dari mana-mana kitab. Namun, tidak menjadi masalah jika kita ingin melakukan zikir dan wirid selepas solat Tasbih. Hukumnya adalah harus.

Antara wirid dan zikir yang boleh dibacakan adalah bacaan-bacaan wirid al-Qusyasyiyyah ringkas, yang lazim dibacakan selepas solat fardu.

Bacaan doa

solat sunat tasbih

Baca juga: Buat Wanita…Ini Hukum Pakaian Solat Yang Ada Bekas Darah Haid Biarpun Lepas Dicuci!

Sumber: Aku Islam

FT Image: SeekersGuidance

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×