Nur

Jangan Terlepas Untuk Minta 8 Doa Ini, 10 Minit Sebelum Masuk Waktu Berbuka!

64
SHARES

Waktu berbuka memang saat-saat yang dinantikan untuk kita mengisi perut setelah seharian berpuasa berlapar dan dahaga di waktu siang. Namun alangkah indahnya, jika kita dapat manfaatkan sekejap, pada 10 minit sebelum masuknya waktu dengan meminta doa sebelum berbuka kepada Allah SWT.

Antara ruang waktu di mana, doa-doanya tidak ditolak oleh Allah SWT. Sekiranya, anda tidak tahu ingin berdoa atau meminta apa kepada Allah. Mari lihat doa-doa di bawah ini yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Shahid. Boleh jadikan sebagai doa amalan juga.

Baca juga: Ustazah Siti Nor Bahyah Kongsi 5 Anugerah Allah Kepada Umat Nabi Muhammad Di Bulan Ramadan

JANGAN TERLEPAS UNTUK MINTA 8 DOA INI 10 MINIT SEBELUM MASUK WAKTU BERBUKA!

doa sebelum berbuka

Gambar hiasan – Kompas.com

10 minit sebelum berbuka bukan masanya untuk merenung makanan di atas meja, tapi ia adalah peluang keemasan untuk merendah diri di depan Allah & melimpahkan doa kepadaNya.

ANTARA DOA-DOA YANG BOLEH ANDA POHON KEPADA ALLAH SWT

doa sebelum berbuka

Gambar hiasan – TheAsianParent

Nak doakan apa je? Boleh doakan perkara ini sementara nak tunggu berbuka:

1. Ya Allah, terimalah puasaku, doa-doaku, zikir-zikirku, sedekahku, zakatku & semua amalan kebaikanku di bulan mulia ini

2. Ya Allah, ampunkanlah jika ada kekurangan dalam puasaku & ketaatanku kepadaMu dan jadikanlah aku dalam kalangan orang yang sentiasa ikhlas beribadat kerana-Mu.

3. Ya Allah, ampunkanlah semua dosa-dosaku sebelum bulan Ramadan & pandulah aku untuk tak mengulangi kesilapan yang sama lagi

4. Ya Allah, bantulah aku untuk istiqomah melakukan kebaikan yang aku lakukan di bulan Ramadan ini untuk bulan-bulan selepas Ramadan.

5. Ya Allah, jadikan aku hamba-Mu yang bertaqwa & soleh. Ya Allah tempatkan aku dalam kalangan hamba-Mu yang Engkau cintai.

6. Ya Allah, kurniakan kepadaku rezeki yang halal & rahmatilah aku dengan kebaikan di manapun aku berada.

7. Ya Allah, kurniakan kesihatan yang terbaik untukku & jauhkan aku dari semua penyakit.

8. Ya Allah, ampunkanlah dosaku, keluargaku & orang yang aku sayangi and payungilah mereka dengan perlindungan dan rahmat-Mu

doa sebelum berbuka

Gambar hiasan – IslamItuIndah

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)

Berdoalah banyak-banyak pada waktu ini.

Sumber: Twitter Aisyah Shahid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×