Nur

Ustazah Siti Nor Bahyah Kongsi 5 Anugerah Allah Kepada Umat Nabi Muhammad Di Bulan Ramadan

37
SHARES

Bulan Ramadan ialah bulan suci yang dipenuhi dengan keberkatan. Ramai umat Islam di seluruh dunia meraikannya dengan penuh keterujaan dan kesyukuran kerana masih lagi berkesempatan menyambutnya.

Malah, amat bertuah sekali buat umat Nabi Muhammad S.A.W kerana memperoleh banyak syafaat daripada Allah S.W.T. Mari ikuti perkongsian daripada Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood berkenaan 5 anugerah Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad di bulan Ramadan untuk direbut bersama.

Baca juga: ‘Alamak! Tertelan Kahak..’- Ustaz Azhar Idrus Senarai Perkara Batalkan Puasa Andai Anda Terlupa

USTAZAH SITI NOR BAHYAH KONGSI 5 ANUGERAH ALLAH KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD DI BULAN RAMADAN

Gambar hiasan – Kalam

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan.

Jom rebut 5 Anugerah Allah kepada Ummat Nabi Muhammad saw di bulan Ramadan.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

“Umatku telah diberikan 5 perkara pada bulan Ramadhan yang tidak diberikan kepada umat lain sebelumku.”

5 ANUGERAH ALLAH BUAT UMAT NABI MUHAMMAD PADA BULAN RAMADAN

Gambar hiasan – ShafaAlanshor

1. TIDAK AKAN DISIKSA SELAMANYA

Pertama : Sesungguhnya apabila datang malam pertama bulan Ramadhan, Allah melihat mereka (dengan pandangan rahmat-Nya) dan sesiapa yang dilihat oleh Allah, Dia tidak akan mengazabkannya selama-lamanya.

2. BAU MULUT ORANG BERPUASA LEBIH HARUM DI SISI ALLAH

Adapun yang kedua: Sesungguhnya bau mulut mereka yang berpuasa ketika waktu siang (berpuasa), lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

3. MALAIKAT MOHON KEAMPUNAN UNTUK UMAT RASULLAH

Adapun yang ketiga: Sesungguhnya para Malaikat memohon keampunan untuk mereka pada setiap hari dan malam.

4. DISEDIAKAN SYURGA UNTUK ORANG YANG BERPUASA

Adapun yang keempat: Sesungguhnya Allah memerintahkan syurga-Nya, lalu berfirman kepadanya, “Bersedialah dan berhiaslah untuk hamba-hamba-Ku. Aku mengharapkan mereka beristirehat daripada kepenatan dunia menuju ke istana-istana (kurniaan)-Ku dan kemuliaan-kemuliaan-Ku.”

5. ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA DI MALAM AKHIR RAMADAN

Adapun yang kelima: Sesungguhnya apabila datang akhir malam (bulan Ramadhan), Dia (Allah) mengampunkan mereka semuanya.

Lalu seorang lelaki daripada mereka bertanya, “Apakah ia malam Lailatul Qadar?”

Lalu Baginda menjawab, “Bukan. Tidakkah kamu melihat para pekerja yang bekerja? Lalu apabila mereka telah selesai daripada kerja-kerja mereka, mereka akan diberikan upah-upah mereka”.

(HR : Imam Ahmad)

Semoga perkongsian di atas, dapat mengimarahkan lagi diri kita untuk sentiasa membuat amal kebaikan dan beribadah kepada Allah dalam bulan mulia ini. Selamat berpuasa dan beramal!

Sumber: Facebook Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×