Nur

Selain Solat Sunat Sebelum Subuh, Ini Tips Terbaik Jadikan Dhuha & Isyraq Sebagai Rutin Harian!

13
SHARES
rutin harian

Selain mengerjakan solat fardu yang wajib, ada juga individu gemar menjadikan solat sunat sebahagian rutin harian mereka. Inilah yang dilakukan oleh Eyza Zakiey setiap hari dengan melakukan solat sunat sebelum Subuh, solat sunat Isyraq dan solat sunat Dhuha.

Malah, Eyza turut berkongsi tips bagaimana untuk mendidik diri dalam menjadikan solat sunat ini sebagai rutin harian, biarpun bermula dengan perlahan-lahan. Jom buat bersama-sama!

Baca juga: Cara Bersihkan Air Mani & Mazi Pada Cadar Atau Kain, Nak Solat Nanti Tak Ada Rasa Waswas!

RUTIN HARIAN BUAT SOLAT SUNAT WAKTU PAGI

rutin harian

Gambar: Eyza Zakiey

Cuba buat lama-lama hampa akan biasa buat solat sunat sebelum Subuh dulu. Dua rakaat kemudian baru Subuh.

Lepas Subuh jangan mangkit (bangun) lagi, tunggu sampai sunat Isyraq lebih kurang 15 minit lepas Syuruk. Sambil-sambil itu mengaji ke berzikir.

Buat sahaja apa-apa sementara nak tunggu Dhuha. Dhuha dekat pukul 8 pagi, paling kurang buat 4 rakaat. Kemudian, baru mulakan rutin harian korang. Cubalah, kalau boleh bangun Tahajud lagi bagus.

Ini rutin harian Kak Eyza setiap hari tanpa tinggal. Perlahan-lahan buat lama-lama jadi rutin, percayalah. Rasa kelainan hidup korang cuba buat rasa sendiri. Yakin dengan Allah SWT.

Apa yang kita buat rasa macam Allah SWT permudahkan segalanya. Allah lindung kita dari kena tipu duit dan sebagainya. Minta sungguh-sungguh dengan-Nya. Ingat Dia yang pegang hati kita dan aturkan segala-galanya dekat dunia ini.

Apa Kak Eyza tulis atas pengalaman akak sendiri. Saya pernah nak kena tipu duit 10 ribu tapi, Alhamdulillah dapat semula.

Baca juga: Hukum Anak Angkat Lelaki Yang Tidak Disusukan, INGAT Tak Boleh Cium Jenazah Ibu

Baca juga: Cara Buat Solat Istikharah Untuk Dapat Jodoh, Tahun Depan Berbunyilah Kompang Depan Rumah!

ZIKIR & DOA SELEPAS SOLAT

1. Baca

  • Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, Ya Bariq 100x
  • Surah al-Ikhlas 3 kali
  • Ayat qursi 1x

2. Selain itu,

  • Inahuminsulaiman wainahu bismillahirahmanirahimm 3x
  • Allahumma inni as alukal husnul khotimah 3x
  • Allahumma inni as alukal jannah 3x
  • Allahumma ajirni minannar 7x
  • Allahumma inni as aluka firdaus dunahisabin wala azab 3x

3. Lailahhailah anta subhanakaini kuntum minalzolimin

4. Doa rezeki tak putus

  • Allahumma Ya Ghani Ya Mughni Aghnini Bilaa Sababin Fainnaka Ala Kulli Sya In Qadir

5. Doa

  1. Allahuma inna nas aluka salamatan fiddi (selamat dalam agama)
  2. Wa afiatan fil jasadi (sihat badan)
  3. Wa ziyadatan fil’ilmi (bertambah iImu)
  4. Wabarakatan Fir’rizai (berkah rezeki)
  5. Wa tauban qoblal maut (taubat sebelum mati)
  6. Wa rahmatan indal maut (dapat rahmat waktu mati)
  7. Wa magfirathan ba’dal maut (dapat ampunan sudah mati)
  8. Allaahuma hawwin alaina fi sakaratil maut (ringan saat sakaratul maut)
  9. Wannajata minan naar (selamat dari api neraka)
  10. Wa afwa indal hisab (selamat dunia akhirat)
  11. Rabbighfirli waliwalidayah warhamhuma kamaa rabaya nisaghira (doa orang tua)
  12. Rabbi habli minassholihin (doa untuk anak)
  13. Rabbanaa aatinaa fiddunya hasanataw wa fil aakhirati hasanataw waqinaa ‘adzaaban naar (doa sapu jagat)
  14. Penutup dengan al-Fatihah

Baca juga: Wanita Jelaskan Konsep Taaruf Bersama 15 Proses, Buat Sebelum Setuju Untuk Nikah!

Sumber: Eyza Zakiey

FT Image: Eyza Zakiey / wahyu_t

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×