Rahsia kepada rezeki yang tidak putus, adalah bagaimana anda membahagikan masa untuk dunia dan akhirat. Itu merupakan kunci penting! Jadi, selepas solat, anda boleh amalkan beberapa zikir rezeki tak putus ini seperti perkongsian akaun Tiktok @kakdiva1178 .
Menurut sumber, hantaran video tersebut dipanjangkan semula olehnya dari penulis asal yang tidak tahu identitinya untuk manfaat umat Islam bersama.
Baca juga: Baca Doa Ini Bila Singgah Sekejap Mana-Mana Tempat, Nescaya Selamat!
ZIKIR REZEKI TAK PUTUS
RAHSIA PALING UTAMA
Ubah waktu pagi anda. Ia disebut sebagai golden time dalam 1 hari.
Kebiasaannya, anda akan bangun pagi untuk mengurus diri dan solat Subuh. Kemudian, tergesa-gesa ke tempat kerja atau belajar.
Sama ada anda perasan atau tidak, itu tandanya awal pagi lagi anda sudah mengejar dunia. Jadi, kena ubah.
Baca juga: Lafaz ‘Bismillah’ Jadi Zikir Bibir Di Setiap Perbuatan, Ini 5 Manfaat Bila Amalkan!
Waktu awal pagi (Jumlah masa: hanya 2 jam)
4:30 pagi – bangun Tahajud
- solat Tahajud 4 rakaat
- solat Taubat 2 rakaat
5:30 pagi – zikir
- “Allah” 1,000 kali
- Selawat ke atas Nabis 1,000 kali
6:00 pagi – Subuh
- solat Sunat Subuh 2 rakaat
- solat Subuh 2 rakaat
6:30 pagi – tamat
Sebelum tengah hari (Jumlah masa: hanya 15 minit)
Sebaiknya sebelum mula waktu bekerja atau waktu rehat pendek.
8:30 pagi – solat Dhuha
- solat Dhuha 4 rakaat
- zikir “Allah Ya Bariq” 40x
8:45 pagi – Tamat
Baca juga: Cara Buat Solat Sunat Tasbih, Ini Panduan & Langkah Yang Jelas. Jom Beramal!
Selepas tengah hari (Jumlah masa: hanya 40 minit)
1:30 petang – solat Zuhur
- solat Sunat 4 rakaat sebelum Zuhur
- solat Zuhur 4 rakaat
- solat Sunat 4 rakaat setelah Zuhur
- “La ilaha illallah al malikul haqqul mubin” 100x
2:00 petang – tamat
4:40 petang – tamat
Baca juga: Doa Pendek Yang Mustajab, Merangkumi 10 Perkara Penting. Subhanallah!
Waktu malam (Jumlah masa: hanya 1 jam 30 minit)
7:30 malam – solat Maghrib
- solat Maghrib
- solat Sunat 2 rakaat setelah Maghrib
- baca al-Quran atau Yaasin
8:30 malam – solat Isyak
- solat Isyak
- solat Sunat 4 rakaat setelah Isyak
8:45 malam – tamat
11:00 malam – Taubat
- solat Sunat Taubat 2 rakaat
- surah Al-Mulk
11:15 malam – tamat
Baca juga: 5 Tips Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut, Baca Doa & Zikir Ini!
Kesimpulan
Jumlah keseluruhan masa yang diperuntukkan adalah 4 jam 10 minit. Berbaki 19 jam 50 minit dan inilah masa anda untuk dunia.
Nampak macam banyak sahaja ibadah yang perlu buat, tetapi hakikatnya, tak sampai suku pun dari apa yang Allah SWT berikan pada hamba-Nya.
Jika dilakukan secara ikhlas dan istiqamah, hikmahnya Allah SWT taburkan rezeki buat anda secara tidak putus-putus serta dari arah yang tidak disangkakan.
Urusan dipermudah serta bahagia dunia akhirat.
Jom mula hari ini…
Baca juga: Pelik Bila Kerap Tak Cukup Duit? Cuba Check 4 Punca Ini, Mungkin Asbab Rezeki Suami Tergantung!
Sumber: Tiktok @kakdiva1178
FT Image: Tiktok @kakdiva1178 /freepik