Nur

Hidup Rasa Gelisah & Kerap Rasa Risau, Buatlah Solat Tahajud Banyak Kebaikannya

38
SHARES
kebaikan solat tahajud

Solat tahajud merupakan sunat muakkad yang dilaksanakan pada malam hari setelah bangun daripada tidur. Di mana, ia afdal dibuat secara bersendirian selepas tengah malam. Malah, kebaikan solat tahajud juga tidak terkira banyaknya seperti 9 di bawah ini.

Berikut merupakan 9 kebaikan solat tahajud yang boleh diperolehi melalui perkongsian di laman X @zafranmustafa.

Baca juga: Nak Nikah Dalam Masjid TAPI Tengah Haid, Ini Hukumnya Pengantin Perempuan Kena TAHU!

KEBAIKAN SOLAT TAHAJUD

kebaikan solat tahajud

Gambar: Getty Images/CiydemImages

Kalau rasa gelisah dan risau setiap hari, cubalah buat solat taubat + tahajud walaupun sekali dalam seminggu. Nanti kita boleh nampak perubahan dalam diri.

Hati rasa tenang sepanjang hari, no matter what ujian yang mendatang. Allah akan permudahkan semuanya.

Baca juga: “Bayar Mahal Pergi Haji Untuk Hidup Susah” Tiada Beza Bayar 10 Atau 100 Ribu!

Baca juga: Hukum Solat Dalam Keadaan Lipat Lengan Baju Atau Seluar & Status Solat, Ini Jawapannya!

1. Penghapus doa dan mencegah berbuat dosa

“Lakukanlah Qiamullail, kerana itu kebiasaan orang soleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa dan penghalang berbuat salah.” (HR At-Tirmidzi)

2. Tanda taqwanya terlihat di muka

Ulama yang sangat berkarisma di Basrah, Al Hasan Al Basri pernah ditanya,

“Kenapa orang-orang yang membiasakan diri solat tahajud di malam hari mukanya tampak cerah, berseri-seri dan berwibawa?”

Beliau menjawab,

“Karena mereka selalu bercengkerama dengan Tuhan yang Maha Penyayang di kegelapan malam, maka Dia pun memberikan kepada mereka cahaya dari cahaya-Nya.”

3. Melancarkan aliran darah di tubuh

Solat tahajud biasanya dilakukan pada pukul 3.00 pagi. Ketika itu, udara di atmosfera masih sangat segar untuk dihirup oleh paru-paru.

Tubuh akan menggerak-gerakkan seluruh otot yang membuat badan segar seketika dan seluruh aliran darah terasa lancar. Oksigen segar akan menghilang ketika matahari terbit dan kembali pada pagi berikutnya.

Hanya mereka yang terbangun untuk melaksanakan solat tahajud yang boleh merasakannya.

Baca juga: Hukum Kanak-Kanak Solat Saf Hadapan Bersama Orang Dewasa, Minta Pergi Belakang Ke?

4. Membesarkan rongga paru-paru

Gerakan takbiratul ihram yang diikuti dengan menyilang tangan sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar.

Hal tersebut diketahui mampu memperlancarkan aliran udara menuju paru-paru. Kerap kali merasakan paru-paru jauh lebih lapang daripada sebelumnya. Ia tidak boleh dinafikan, sebagai salah satu latihan pernafasan yang sangat baik selain daripada bersukan.

5. Jaminan masuk syurga

Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa sesiapapun yang melaksanakan solat tahajud, maka jaminan syurga baginya. Hal ini diriwayatkan dalam salah satu hadis, sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Wahai manusia, sebarkanlah salam, beri makanlah, sambung tali kasih, solat malamlah saat orang pada terlelap, maka masuklahh syurga dengan selamat.” (HR Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)

6. Fikiran jauh lebih segar

Bayangkan, dalam 1 hari jantung manusia bekerja 100,000 kali dan bernafas 20,000 kali. Setiap organ ini memerlukan masa rehat yang mencukupi.

Sebenarnya tidur adalah rehat yang sangat baik untuk badan. Dengan cara ini, seluruh organ tubuh akan berehat dari semua tugas berat.

Tidur membantu tubuh sel-sel tubuh pulih, meningkatkan kekuatan dan otak berfungsi dengan baik. Inilah sebabnya solat tahajud dilaksanakan selepas bangun dari tidur.

Fikiran yang lebih segar menjadikan gerak-gerik solat juga lebih khusyuk dalam menafsirkan ayat-ayat Al-Quran.

Baca juga: Hukum Mencabut & Mewarna Putih UBAN Kepada Warna Lain!

7. Mendapat keringanan ketika dihisab di akhirat

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa mengerjakan solat Tahajud dengan sebaik-baiknya, dan dengan tata tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan: 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat.”

4 macam kemuliaan di akhirat adalah:

  • wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti
  • akan mendapat keringanan ketika dihisab
  • menyeberangi titian Sirat-al-Mustaqim dengan sangat cepat seperti sambaran kilat
  • catatan amalnya diberikan di tangan kanan

8. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Secara bio-teknologi, penemuan baru menyebutkan bahawa solat tahajud mampu meningkatkan daya tahan tubuh seseorang. Di samping itu, bagi para pesakit kanser akan merasakan manfaat lainnya iaitu menghilangkan rasa sakit yang kerap melanda.

Pada bidang ini pula, dikatakan bahawa solat tahajud meningkatkan respon positif yang sangat efektif dalam bius sebelum pembedahan.

9. Solat yang paling afdal setelah solat 5 waktu

Kewajipan setiap muslim dan muslimin di seluruh dunia adalah mengerjakan solat 5 waktu. Allah SWT menyukai umat-Nya yang selalu mengingat-Nya baik dalam keadaan bahagia mahupun sedih.

Baca juga: Nak Heret Pasangan Curang Tapi Bukti Gagal Di Mahkamah, Ini 7 Sebabnya!

Sumber: X – @zafranmustafa

FT Image: Photo illustration by Slate. Photos by Stephanie Murton/iStock/Getty Images Plus and FOTOKITA/iStock/Getty Images Plus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×