Nur

Hukum Mencabut & Mewarna Putih UBAN Kepada Warna Lain!

20
SHARES
rambut beruban

Rambut beruban merupakan fasa normal yang berlaku kepada manusia, apabila meningkatnya usia ke arah dewasa. Dalam Islam, terdapat hukum mencabut uban dan mengubah warna asalnya iaitu putih kepada warna lain.

Berikut penjelasan Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai hukum cabut dan mewarnakan uban di dalam portal Maktabah al-Bakri.

Baca juga: Hukum Ucap Sadaqallah Al-‘Azheem Selepas Baca Quran!

RAMBUT BERUBAN: HUKUM CABUT & UBAH WARNA

rambut beruban

Gambar: SinarIslamPlus

Hukum mencabut uban

Menurut mazhab Syafi’i, makruh seseorang itu mencabut ubannya. Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الإِسْلاَمِ إِلاَّ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Janganlah kalian mencabut uban. Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya buatnya pada hari kiamat.”

Manakala dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW menyatakan:

لاَ تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الإِسْلاَمِ إِلاَّ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا حَسَنَةً وَحَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

Maksudnya: “Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan Allah akan menuliskan untuknya dengan uban tersebut satu kebaikan dan Allah akan memadamkan kesalahannya dengan uban tersebut.” Riwayat Abu Daud (4202)

Baca juga: ‘Speed Dating’ Budaya Baru Merisaukan, Taaruf Orang Islam Bukan Begitu Caranya!

Makruh cabut uban di kepala dan janggut

Imam al-Nawawi menyatakan kemakruhan mencabut uban sebagaimana yang dipegang oleh ulama’ Syafi’iyyah, dan ditegaskan oleh al-Ghazali al-Baghawi dan selainnya. Sama ada uban di janggut atau kepala, hukumnya tetap makruh. (Lihat al-Majmūʿ Syarḥ al-Muhazzab, 1/292).

Dalam sebuah riwayat daripada Saidina Anas bin Malik R.A bahawa beliau berkata:

يُكْرَهُ أَنْ يَنْتِفَ الرَّجُلُ، الشَّعْرَةَ الْبَيْضَاءَ مِنْ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ

Maksudnya: “Dimakruhkan bagi seorang lelaki itu mencabut rambut yang putih daripada kepalanya dan juga janggutnya.” Riwayat Muslim (2341)

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata: “Para ashab kami (al-Syafi’iyyah) dan juga para ashab Malik menyebutkan, hukumnya adalah makruh dan ia tidaklah haram.” (Lihat Syarḥ al-Nawawī ʿalā Muslim, 15/487).

Baca juga: Hukum AURAT Antara Anak Hasil Zina & Anak Lepas Berkahwin

Hukum mewarnakan uban kepada warna lain & hitam

Jika demikian hukumnya, adakah boleh mewarnakan uban? Ia dibolehkan berdasarkan sebuah riwayat daripada Jabir bin Abdillah al-Ansari R.A bahawa ketika Abu Quhafah dibawa pada hari pembukaan kota Makkah, maka keadaan rambutnya sudah terlampau putih. Maka Nabi SAW bersabda:

غَيِّرُوا هَذَا بِشَىْءٍ وَاجْتَنِبُوا السَّوَادَ

Maksudnya: “Ubahlah ini (uban) dengan sesuatu dan jauhilah warna hitam.” Riwayat Muslim (2102)

Hadith di atas jelas menunjukkan keharusan mengubah warna putih uban kepada warna selain hitam seperti dengan menggunakan inai dan perkara-perkara lain yang halal.

Manakala, hadis di atas juga jelas menfunjukkan keharaman mengubah warna uban kepada warna hitam dan inilah pendapat yang terpilih di dalam mazhab kita, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi. Wallahu a’lam.

Baca juga: Suami Beri Hadiah & Minta Balik, Ia Haram! Isteri Tak Wajib Pulangkan

Sumber: Maktabah al-Bakri

FT Image: dermaessentia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×