Didik

‘Speed Dating’ Budaya Baru Merisaukan, Taaruf Orang Islam Bukan Begitu Caranya!

50
SHARES
speed dating

Gelombang budaya baru iaitu ‘Speed Dating’ telah mula menjadi perhatian masyarakat di Malaysia. Ia berkenaan proses temu janji antara pasangan lelaki dan wanita dalam satu acara di atas tujuan mencari pasangan hidup.

Apatah lagi budaya ini telah menarik wanita dan lelaki Muslim untuk mencubanya, sehingga mendapat perhatian Ustazah Asma’ Harun untuk mengulasnya dengan lebih lanjut.

Baca juga: Suami Beri Hadiah & Minta Balik, Ia Haram! Isteri Tak Wajib Pulangkan

SPEED DATING

speed dating

Gambar hiasan: Juice

“SPEED DATING”, budaya baru yang merisaukan!

Baru-baru ini tular satu video berkenaan temujanji antara pasangan lelaki dan wanita dalam satu acara “speed dating” untuk tujuan mencari pasangan hidup. Acara itu dibuat di sebuah kafe dan melibatkan beberapa pasangan duduk secara berhadapan.

Acara ini membolehkan peserta untuk berkenalan antara satu sama lain. Setiap wanita akan diberi masa duduk bersama lelaki untuk berbual. Setelah tamat masa, peserta lelaki yang lain pula akan berkenalan dengan peserta wanita tersebut, begitulah seterusnya.

Cuba tuan puan bayangkan, wanita pertama berkenalan dengan lelaki pertama, kemudian selepas tamat masa, dia teruskan dengan lelaki seterusnya. Boleh jadi, 3 orang akan suka perempuan yang sama dan boleh jadi perempuan tadi suka pada lelaki yang lain.

Proses ini jelas tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf. Islam sangat meninggikan maruah dan sifat malu antara kedua-dua pasangan. Jika taaruf itu tidak berjaya sekalipun, maka kedua-dua pasangan tetap perlu menjaga rahsia dan aib.

Sebenarnya, acara ini telah pun bermula di Malaysia sejak tahun 2015 lagi, namun tidak mendapat perhatian seperti sekarang. Paling terbaru diadakan pada 11 Mei 2024 bertempat di Piccadilly Kafe Kuala Lumpur. Ia melibatkan golongan muda yang berumur lingkungan 25-35 tahun yang belum berkahwin.

Ramai yang bertanya adakah proses perkenalan yang diberi nama “speed dating” ini dibolehkan? Malah, ada juga yang berhasrat untuk mengikutinya.

Nauzubillahi minzalik. Lebih menyedihkan ada juga wanita dan lelaki Muslim yang turut serta dalam proses perkenalan ini.

Baca juga: Hukum AURAT Antara Anak Hasil Zina & Anak Lepas Berkahwin

Maksud “SPEED DATING”

speed dating

Gambar hiasan: Juice

“Speed Dating” bermaksud satu proses yang perlu dilalui untuk mencari jodoh dengan tujuan menggalakkan golongan yang belum berkahwin berjumpa satu sama lain beramai-ramai dengan tempoh masa yang singkat.

Menurut satu portal The Photojournalist, “speed dating” ini berasal daripada Los Angeles, Amerika Syarikat yang dipanggil “New Year’s Calling”. Pada setiap 1 Januari, ramai wanita muda (belum berkahwin) akan mengadakan “rumah terbuka” (pesta atau majlis resepsi).

Di mana, mereka akan menjemput lelaki yang belum berkahwin yang layak, kawan mahupun orang yang tidak dikenali untuk singgah dan mengadakan lawatan ringkas.Pertemuan itu tidak lebih daripada 10 hingga 15 minit.

Ia bermula pada tahun 1998, mereka mencipta cara untuk orang yang belum berkahwin bertemu antara satu sama lain dengan memanggilnya “speed dating”. Ia adalah program khas untuk mereka yang bujang, lalu tidak lama kemudian ia tersebar ke seluruh dunia.

“Borak-borak je, lepas itu pilih lah siapa yang kita suka”

Allahu Akbar, ia dikatakan sesi borak-borak, lepastu pilihlah siapa yang kita suka. Namun, tujuan kepada sesi itu tetap sama iaitu mencari pasangan hidup untuk tujuan ikatan pernikahan yang suci, yang kita harap hidup selamanya bersama dia yang kita pilih sampai Syurga.

Mahukah kita hubungan yang suci tadi dimulai dengan sesuatu yang ‘borak-borak je’ sedangkan Islam menyediakan cara dan alternatif yang lebih terjaga, selamat dan terhormat untuk kedua-dua pasangan berkenalan.

Situasi ini sangat merisaukan, jika kita melihat di ruangan komen penjelasan tentang proses “speed dating” ini berjalan, ia tidak lari dari “temu janji” atau “dating” yang kita faham iaitu pertemuan secara berdua-duaan tanpa dihadiri oleh orang yang lebih tua atau dipercayai.

Islam menganjurkan apa jua pertemuan bagi yang mahu berkahwin perlu dihadiri oleh orang tengah agar maruah kedua-duanya terjaga dan tujuan kepada sebuah perkenalan itu mendapat redha Allah SWT.

Baca juga: Kedudukan Tangan Ketika BANGUN Dari Sujud, Ini Yang Sunnah & Afdal!

Definisi taaruf dalam Islam

taaruf

Gambar hiasan: Dari filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 – Dok. MD Pictures

Taaruf dari segi bahasa bermaksud berkenalan. Taaruf sebelum kahwin adalah satu proses perkenalan diri dengan lebih mendalam bagi kedua-dua pasangan yang mahu berkahwin.

Ia boleh dilakukan di antara kedua-dua calon tanpa wakil (menggunakan medium seperti media sosial) ataupun dengan melantik wakil untuk menguruskan proses taaruf tersebut.

Konsep proses taaruf yang dibenarkan dalam Islam

Proses taaruf adalah permulaan untuk berkahwin kerana pada masa inilah calon akan menilai pasangan mereka sama ada boleh diteruskan ke peringkat seterusnya atau tidak. Proses taaruf tidak semestinya berakhir dengan kedua-dua calon bersetuju untuk berkahwin.

Ia adalah proses perkenalan yang juga memberikan hak kepada calon untuk menolak pasangan taaruf mereka. Proses perkenalan yang dilakukan kedua-dua pasangan ini adalah semata-mata untuk berkahwin dan membina keluarga yang diredhai Allah SWT tanpa dimulakan dengan maksiat dan dosa.

Baca juga: Cara MANDI WAJIB Untuk Lebih 1 Hadas Besar, Perlu Gabung Niat Ke?

Hukum menggunakan platform ‘online’ untuk mencari jodoh

Asalnya HARUS menggunakan platform “online” untuk mencari jodoh. Namun ia boleh jadi HARAM dan berdosa sekiranya proses perkenalan yang dilalui tidak mengikut garis panduan yang sewajarnya dalam Islam dan tidak menghadirkan sifat malu pada awal perkenalan.

Contohnya tidak melibatkan orang ketiga yang dipercayai, tidak menjaga pandangan, bersentuhan sesama jantina, saling membuka aib dll.

Perkara ini jelas seperti yang disebutkan dalam kaedah fiqh iaitu:

الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ

Maksudnya: “Pada asal sesuatu hukum itu adalah diharuskan, sehingga terdapat dalil ke atas pengharamannya”

Baca juga:

Cara taaruf yang dibenarkan

Tuan puan, semua jelas, “speed dating” ini adalah idea dari barat dan pelaksanaannya juga tidak seperti Islam anjurkan. Oleh kerana itu dalam Islam, kita disarankan menjaga adab-adab taaruf agar maruah kedua-dua pasangan dan tujuan perkahwinan terjaga.

  1. Menggunakan perantara orang tengah yang dipercayai dan memahami adab taaruf dalam Islam.
  2. Melihat pasangan dalam pertemuan yang diaturkan keluarga supaya yakin dengan keputusan yang dibuat.
  3. Membuat solat Istikharah dan Istisyarah (berbincang meminta pandangan) untuk memohon petunjuk yang benar daripada Allah SWT.

Baca juga: Ada 3 Cara Jadikan SIRAH NABI Sebagai Halwa Telinga Anak Kecil, Buat Macam INi!

Kesimpulan

Berbalik kepada isu “speed dating”, ia tidak wajar dipromosikan kepada umum terutamanya kepada orang Islam. Moga pihak berwajib prihatin terhadap isu ini dan meneliti kembali garis panduan untuk mana-mana platform cari jodoh.

Agar proses yang suci ini tidak dicemari dengan dosa dan dijalankan berlandaskan syariat Islam, terutamanya dari segi pelaksanaan, etika kerahsiaan, privasi pengguna, menjaga batas pergaulan berlainan jantina dan lain-lain. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk difahami dan dilaksanakan.

Rujukan

  1. Portal Mufti Wilayah #26: Kaedah Dalam Mencapai Sesuatu Matlamatnya.
  2. Portal Mufti Wilayah #302: Syarah Hadis Tasyabbuh.
  3. Maktabah Al Bakri #2546: Melihat Yang Dibenarkan Ketika Melamar.
  4. Portal Rasmi Baitul Muslim, Tip Bertaaruf iaitu Berkenalan

Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan

Baca juga: Ada 3 Cara Mengerjakan Haji, Jangan Sampai Tersalah Niat Tau!

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

FT Image: Juice Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×