Nur

Apakah Berdosa Tak Mahu Kahwin? Ini Hukumnya & Penjelasan Daripada UAI

14
SHARES
hukum tak mahu kahwin

Bukan perkara pelik sekiranya terdapat sebilangan orang memilih untuk hidup bujang selamanya. Namun, dalam Islam terdapat hadis yang menyatakan Nabi Muhammad SAW tidak mengaku umat sekiranya tidak berkahwin. Apakah benar itu yang dimaksudkan Baginda dan apa pula hukum tak mahu kahwin?

Nak tahu lebih lanjut mengenai hukum tak mahu kahwin dan berkenaan hadis tersebut, ikuti penjelasan lanjut dari Ustaz Azhar Idrus di bawah!

Baca juga: 7 Tanda Syaitan Khanzab Ganggu Ketika Solat, Itu Sebabnya Tak Khusyuk Sampai Terlupa Rakaat!

HUKUM TAK MAHU KAHWIN

hukum tak mahu kahwin

Gambar: wirestock

Melalui penjelasan Ustaz Azhar Idrus, hukum bagi individu yang tidak mahu berkahwin adalah tidak berdosa.

Namun, ia jatuh berdosa apabila seseorang itu tidak berkahwin tetapi bersekedudukan. Itulah yang dimaksudkan berkenaan sabda Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:

“Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan daripada kalangan ummahku).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baca juga: Doa Di AWAL HAID Buat Wanita Jadikan Amalan, Baca Pada Hari Pertama ‘Period’!

Ramai yang telah salah tafsir berkenaan hadis tersebut dengan menganggap individu yang tidak mahu berkahwin adalah bukan umat Nabi, ujar Ustaz Azhar. Sebaliknya,

“Siapa yang tidak melaksanakan nikah tetapi duduk berdua-duaan dengan wanita (atau lelaki ajnabi), bukanlah umat aku,” tegas Ustaz Azhar.

Bagi mereka yang berkahwin, salah satu kelebihan yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya sudah mempunyai seseorang iaitu anak untuk mendoakan mereka.

Baca juga: Cara Kiraan Sepertiga Malam, Orang Ramai Kena Tahu ‘Timing’ Mustajab Untuk Pohon Doa!

Ulama terdahulu tidak berkahwin

Di video lainnya pula berkenaan kemusykilan yang sama, Ustaz Azhar Idrus menyatakan:

“Terdapat para ulama terdahulu yang tidak berkahwin namun bukanlah kerana tidak suka akan sunnah Nabi akan tetapi tidak sempat kerana kesibukan mengarang kitab. Antaranya adalah Imam an-Nawawi.”

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak sewenangnya mengeluarkan hukum, tetapi sebaiknya menyerahkan kepada para alim ulama yang besar untuk menterjemahkan hadis.

Baca juga: Hebatnya Al-Kauthar, Disifatkan Surah Penghibur Hati Nabi Muhammad SAW Kala Sedih

Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus

FT Image: freepic.diller / rawpixel.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×