“Kejap lagi nak tengok drama Filipina lah, apa jadi dengan Betty semalam eh?” Baru terdetik dalam hati, kedengaran bunyi anak menangis… “Kenapa pulak dengan Aiman tu? Abang, tengokkan kejap!” Panggil 2-3 kali tak menyahut pulak, aduh…
Siapa dah ada anak, mesti boleh relate situasi di atas ni… Kalau dulu, boleh senang lenang tengok drama favourite petang-petang. Tapi sejak ada anak, semuanya berubah. Anak dan keluarga adalah keutamaan!
Bukan itu saja, 8 lagi situasi di bawah ini confirm anda boleh relate kalau dah berkeluarga dan ada anak…
1. Nak makan snek kena sorok-sorok
Kalau belum kahwin, kat dapur mesti penuh snek, makanan ringan dan kudap-kudapan untuk dikunyah bila ada masa lapang. Agak-agak lapar atau nak mengunyah masa tengok drama, tinggal ambil dan makan tanpa rasa bersalah.
Bila dah ada anak, dah tak mudah nak makan snek. Tiap kali kita buka snek, mesti anak-anak mintak! Nak selamat, menyorok dalam bilik makan senyap-senyap. Kalau biar snek terbuka kat dapur, 5 minit dah licin anak-anak habiskan!
2. Bila tengok movie, genre kena berunsurkan kanak-kanak. Sebab mereka ikut sekali!
Bila dah ada anak, takkan nak tinggal anak kat rumah meanwhile anda berdua bersama pasangan enjoy tengok movie kan? Tak tergamaklah kita sebagai mak ayah… Harus dibawa sekali. Kalau tidak, tinggal rumah mertua :p
Bila bawa anak ke panggung wayang ni, bukan boleh tengok movie sembarangan. Kena tengok genre movie yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Dah tak boleh tengok filem romantik, kartun dan hiburan semestinya!
3. Seat dalam kereta akan berkurang. Sebab apa?
Siapa ada anak yang masih kecil, mesti perasan seat dalam kereta akan berkurang sebab ada kerusi bayi. Kalau ada satu anak tak apa lagi. Kalau dapat anak kembar? Alhamdulillah rezeki, tapi dua kerusi bayi dah tentu kat belakang…
Bila ada kawan atau ahli keluarga lain nak tumpang ke mana-mana, confirm tak muat. Kena tanggal dulu dan tinggalkan carseat di rumah jawabnya. Hehehe…
4. Pinggan di rumah banyak ‘terbang’
Memang admin tak nafikan dapat anak itu satu rezeki dari Tuhan. Tapi, dapat anak yang terlalu buas ni pun kadangkala memeningkan kepala. Silap-silap haribulan pinggan kat rumah pun boleh dijadikan ‘roket’…
Kalau sebelum kahwin dulu kumpul set pinggan mangkuk comel-comel nak pakai bila dah berkeluarga, kini lain pula jadinya. Satu demi satu pinggan pecah sebab dibuat main anak. Nak marah tak sampai hati. Sabar je lah…
Admin nasihatkan beli pinggan plastik untuk anak-anak. Tidak mudah pecah dan tidak membahayakan mereka. Beli yang ada corak comel-comel, mesti naik selera makan mereka!
5. Dulu mungkin boleh tidur & bangun lewat. Dah ada anak waktu tidur berubah 360°
Masa masih belum ada anak bolehlah tidur lambat, layan movie sampai lewat malam. Dah ada anak ni, kena mandikan, susukan, dodoikan anak sampai tertidur… Jangan tak tahu, tengah malam pun anak nak susu tau!
Jadi, ibu bapa kat luar sana, sangat penting untuk merancang jadual harian supaya masing-masing tau tanggungjawab menjaga anak.. Janganlah abaikan pasangan dan biar si dia jaga anak seorang diri!
6. Laman sosial media akan dipenuhi gambar anak
Kalau belum ada anak, boleh admin kata laman sosial media anda pasti penuh gambar #OOTD (outfit-of-the-day), dengan kawan-kawan dan sebagainya. Sebab apa, kita kongsikan detik-detik indah, perkara dan moment yang mahu dijadikan kenangan di sana…
Kalau dah kahwin, automatik anda seakan ‘obses’ dengan anak dan upload gambar mereka ke dalam laman sosial media masing-masing. “Eh, anak I comel harini”, “Anak I pakai baju baru la harini nampak cute” adalah permulaan untuk anda upload gambar ke sosial media, kan?
7. Rumah akan penuh dengan permainan anak-anak
Jika dulu masa belum ada anak, anda pasti ada hobi mengumpul, buku, frame gambar dan sebagainya. Sekarang, sejak ada anak mesti banyak beli mainan untuk mereka kan? Nampak comel beli, nampak cute beli. Secara tak langsung boleh bagi mereka belajar, seronok meneroka dan sebagainya…
Tapi, berpada-pada dalam membeli barang permainan untuk anak ya… Jangan sampai satu rumah penuh, tak tahu nak simpan kat mana lagi. Sebaiknya, sediakan satu bilik untuk anak bermain. Jadi, rumah tak bersepah!
8. Bila anak makin ramai dan membesar, kena pasang WiFi di rumah
Sambungan internet atau WiFi penting untuk pembelajaran anak-anak. Lagi-lagi bila musim cuti sekolah, bukan sekadar kita nak kenalkan anak-anak dengan dunia digital tapi secara tidak langsung anak-anak akan lebih suka duduk di rumah.
Lebih selamat dan ibu bapa kurang risau jika anak-anak keluar membuang masa bersama kawan-kawan yang kita tak kenal.
Melalui pembelajaran secara interaktif dari laman web yang telah kita pastikan sesuai untuk mereka, anak-anak lebih seronok belajar dan dari situ, mereka dapat meluaskan pengetahuan. Sebagai contoh, mereka dapat mengenali dan mempelajari bahasa asing atau budaya di negara lain.
Anak-anak mesti akan seronok dan enjoy belajar dengan gajet, tetapi jangan pula biarkan mereka terlalu leka. Perkenalkan peraturan apabila menggunakan gajet, mungkin juga tetapkan jadual masa untuk mereka bermain dengan gajet tu.
Dengan adanya sambungan WiFi, anda sebagai ibu bapa juga boleh memanfaatkannya dengan mencari aktiviti untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah yang banyak dipromosikan di internet, resipi makanan berkhasiat dan menyelerakan untuk anak-anak dan macam-macam lagi info menarik di internet.
Tidaklah bosan di rumah sepanjang musim cuti kan?
Ibu bapa juga boleh mengasah kepetahan anak-anak bercakap mengenai topik-topik kegemaran mereka. Rakam video keletah mereka dan muat naik ke laman sosial untuk tatapan keluarga yang jauh.
Boleh juga merapatkan hubungan mereka dengan ahli keluarga. Mereka juga dapat menambah keyakinan diri dan memperbaiki kemahiran berbahasa dengan betul dengan panduan serta pemerhatian ibu bapa.
Tapi, masalah yang biasa kita hadapi di Malaysia ketika ini adalah kelajuan internet yang menghampakan. Sikit-sikit buffering, tiada sambungan secara tiba-tiba dan terganggu hampir setiap masa…
Bagaimana mahu mendapatkan kelajuan internet maksimum untuk kegunaan seisi keluarga? Begini caranya…
Anda pasti pernah mengalami situasi di mana sambungan internet tiba-tiba terputus, terganggu dan sebagainya. Sebenarnya, banyak punca dan faktor ia boleh terjadi dan unifi ada sediakan tips-tips yang menerangkan pelbagai cara anda boleh mengatasinya…
Untuk pengetahuan anda, sambungan internet boleh jadi lemah jika anda berada lebih jauh dari router. Malah, jika ada benda yang menghalang antara anda dan router, pun boleh menjadikan sambungan internet perlahan. Banyak lagi admin nak terangkan, anda boleh baca selanjutnya di SINI.
Rasai pengalaman sebenar melayari internet dengan kelajuan paling steady dengan unifi
Sehingga kini unifi sudah menaiktaraf kelajuan lebih 500,000 pelanggan unifi di rumah sehingga 800Mbps secara PERCUMA bermula 15 Ogos lalu dan proses menaiktaraf ini dijangka selesai pada Mac 2019. Manakal, naiktaraf untuk pengguna unifi di pejabat pula sedang dijalankan dan disasarkan selesai pada suku pertama tahun 2019 juga.
unifi menjangkakan kira-kira 1 juta pelanggan unifi (rumah dan pejabat) bakal mendapat keistimewaan ini tanpa sebarang bayaran tambahan. Pelanggan akan menerima emel dan SMS selepas unifi mereka selesai dinaiktaraf.
Pihak unifi juga akan memaklumkan kepada anda mengenai promosi-promosi terkini melalui saluran ini. Oleh itu, anda perlu mengemaskini butiran peribadi terutamanya nombor perhubungan yang terkini di dalam akaun selfcare unifi.com.my. Jangan ketinggalan!
Haa, menarik tak? Bagi anda yang belum ada unifi di rumah, anda boleh memilih dari 2 pelan unifi di bawah mengikut keperluan di rumah anda!
Pilih antara dua pelan ini mengikut kesesuaian anda di rumah
Bagi anda yang mempunyai keluarga kecil dengan 1 atau 2 orang anak di rumah, pelan unifi Basic dengan kuota sehingga 60GB sesuai untuk anda. Ia sudah memadai untuk membolehkan anak anda surf internet untuk hiburan dan pendidikan asas mereka.
Jika anda mempunyai lebih daripada 2 orang anak, terutamanya yang dah meningkat remaja, admin galakkan anda untuk melanggan pelan unifi Lite yang menawarkan kuota tanpa had untuk kegunaan internet yang lebih sesuai untuk seisi keluarga.
Ia lebih dari cukup untuk menampung habit ahli keluarga yang asyik melayari internet sepanjang hari!
Malah, anda akan menerima langganan pek TV berbayar unifi TV (boleh pilih di antara Pek Aneka+, Ruby+ dan Varnam+) untuk anda dan keluarga menonton pelbagai saluran tempatan dan antarabanga di rumah atau di aplikasi mudah alih unifi PlayTV.
Bukan itu sahaja, anda akan menerima telefon tetap secara PERCUMA! Klik SINI untuk melanggan mana-mana pelan unifi sekarang!
Untuk maklumat lanjut mengenai unifi, layari laman web unifi dan ikuti laman sosial unifi di Facebook dan Twitter.