Surah Al-Kauthar merupakan surah amalan harian yang paling pendek di dalam kitab Al-Quran. Di mana, surah ke-108 ini mengandungi 3 ayat sahaja.
Melalui perkongsian saudara Ameer Hamzah, surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad SAW yang bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi oleh Baginda. Selain itu, terdapat juga beberapa fadhilat membaca surah Al-Kauhtar yang apabila diamalkan dalam kehidupan seharian.
Baca juga: Doa Untuk Anak Dilindungi, Beza Cara Baca Untuk Anak Kecil & Dewasa, Moga Mustajab!
SURAH AMALAN HARIAN AL-KAUTHAR
Hebatnya Al-Kauthar
Surah ini adalah surah yang paling pendek dalam Al-Quran, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan berasal dari sungai di Syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Rasanya lebih manis dari pada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi dari pada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW, kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihinya, iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Thalib.
Baca juga: 5 Doa Suami Isteri Ketika Bersetubuh, Ingat Keluar Air Mani Kena Baca Doa No. 3!
Baca juga: Panduan Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh, Nilainya Lebih Dari Seisi Dunia!
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan, diantaranya ialah:
- Ketika hujan, bacalah surah ini dan berdoa, Insha Allah doa kita dikabulkan oleh Allah SWT.
- Ketika kita kehausan dan tiada air bacalah surah ini dan gosok di leher, Insha Allah hilangkan rasa dahaga.
- Ketika kita sering sakit mata (seperti berair, gatal, bengkak), sapukan air tawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
- Ketika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10x, Insha Allah, Allah SWT memberi ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
- Jika kita membaca surah ini 1.000x, Insha Allah rezeki kita akan bertambah.
- Jika kita rajin membaca surah ini, Insha Allah hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
- Jika ada orang teraniaya dan terpenjara, bacalah surah ini sebanyak 71x, Insya Allah, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Baca juga: Ini 5 Peristiwa Besar Bakal Disaksikan Manusia Tanda Hampirnya Hari Kiamat!
Sumber: Ameer Hamzah
FT Image: istock / i luv Quran