Nur

Ini 5 Peristiwa Besar Bakal Disaksikan Manusia Tanda Hampirnya Hari Kiamat!

18
SHARES
peristiwa sebelum Hari Kiamat

Beriman kepada Hari Kiamat merupakan rukun iman yang kelima daripada enam rukun yang ada. Selain tanda-tanda kiamat kecil yang kebanyakannya sudah berlaku, terdapat tanda-tanda besar kiamat yang mesti diyakini kerana ia sudah dinyatakan dalam banyak hadis. Justeru itu, terdapat 5 peristiwa sebelum Hari Kiamat ingin penulis kongsikan sebagai peringatan buat semua.

Antara peristiwa besar tanda hampirnya Hari Kiamat adalah munculnya Dukhan, turunnya Nabi Isa dan banyak lagi. Mari teruskan pembacaan di bawah. Semoga Allah SWT memelihara dan mengekalkan iman kita agar tergolong daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Baca juga: Manfaat Baca Surah Al-Fiil, Ikhtiar & Penawar Penyakit Manusia Terutama Kanser!

PERISTIWA SEBELUM HARI KIAMAT

peristiwa sebelum Hari Kiamat

Gambar ilustrasi Dajjal – Ameer Hamzah

1. Keluar Dajjal

Dajjal merupakan fitnah yang paling dahsyat dan ia akan berlaku di akhir zaman. Nabi SAW sentiasa memberi pesanan kepada umatnya agar berjaga-jaga dengan fitnah ini. Dajjal boleh dikenali dengan beberapa sifat yang dikhabarkan oleh Baginda SAW melalui hadith-hadithnya. Antaranya ialah:

  • Seorang manusia
  • Rambutnya kerinting dan kusut masai
  • Sebelah daripada matanya buta
  • Tertulis antara dua matanya (kufur)

Dajjal akan keluar dari arah timur iaitu dari Khurasan (Khurasan adalah satu tempat yang luas, terletak di sebelah timur dan ia terdiri daripada beberapa daerah). Dajjal akan mula berjalan di seluruh muka bumi, melainkan Makkah dan Madinah, dengan menyebarkan fitnahnya kepada manusia.

Pada waktu itulah Allah SWT menurunkan Nabi Isa AS ke dunia bagi membunuh Dajjal yang sedang menuju ke Bait al-Maqdis (palestin). Mereka bertemu di sebuah pintu (Lud) dan Nabi Isa terus membunuhnya.

2. Munculnya Dukhan

Salah satu daripada tanda kiamat yang besar ialah ketika langit membawa kabut iaitu asap (dukhan) yang merupakan azab pedih meliputi seluruh manusia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat). Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: “Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan.” (Surah Ad-Dukhaan; 10-11)

Selain itu, terdapat hadis Nabi Muhammad SAW menyatakan salah satu tanda hari Kiamat akan tiba adalah asap. Baginda bersabda:

“Sesungguhnya al-Sa’ah (hari Kiamat) tidak akan berlaku sehingga berlaku sepuluh tanda ini iaitu gerhana di Timur, gerhana di Barat, gerhana di rantau arab, asap, Dajjal, Dabah yang melata di bumi (sejenis haiwan),Ya’juj dan Ma’juj, terbit matahari dari Barat, api yang keluar dari lembah Aden yang akan mengiringi manusia.” (Riwayat Muslim)

3. Keluar binatang dari bumi

“Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.” (Surah An-Naml; 82)

Apabila keputusan Allah SWT telah datang yakni terjadinya Hari Kiamat, maka Allah akan mengeluarkan satu binatang dari bumi yang akan bercakap kepada manusia. Binatang ini dikenali sebagai ‘Dabbatul Ardh’ yang bermaksud binatang yang melata di bumi. Maknanya, ia berjalan di bumi.

Baca juga: Status Anak Belum Baligh Meninggal Dunia, Beri Syafaat & Tunggu Ibu Bapa Di Syurga!

4. Keluar Yakjuj dan Makjuj

peristiwa sebelum Hari Kiamat

Gambar ilustrasi Yakjuj dan Makjuj – Ameer Hamzah

Di dalam Surah Al-Anbiya’ ada menceritakan berkenaan Yakjuj dan Makjuj pada masa akan datang dan tentang keluarnya mereka secara besar-besaran sebelum berlakunya kiamat.

“(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.” (Surah Al-Anbiyaa’: 96)

Manakala, di dalam surah Al-Kahfi ayat 93 hingga 99, Allah SWT menceritakan kisah Yakjuj dan Makjuj dan Raja Zulkarnain.

Ayat al-Quran tersebut menceritakan ketika Raja Zulkarnain tiba di negeri yang terletak berdekatan dua buah bukit (Armenia), penduduk di situ meminta pertolongannya kerana mereka menjadi mangsa kekejaman kaum Yakjuj dan Makjuj.

Firman Allah SWT:

Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”  (Surah Al-Kahfi; 94)

Raja Zulkarnain yang masyhur dengan kekuatan tentera dan kebijaksanaannya menawarkan bantuan secara percuma, lalu dibina dinding di antara dua bukit itu dari potongan besi, lalu dibakar dengan api dan kemudian dituangkan tembaga agar dinding kuat dan kukuh. Akibatnya, Yakjuj dan Makjuj tidak lagi dapat masuk ke negeri itu kerana mereka tidak boleh mendaki bukit atau membuat lubang melaluinya.

5. Turunnya Nabi Isa AS

“Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.” (Surah Az-Zukhruf; 61)

Seperti semua maklum, Nabi Isa AS telah diangkat ke langit oleh Allah dan baginda akan diturunkan kembali nanti. Penurunan itu adalah sebagai tanda besar Hari Kiamat yang sudah hampir terjadi.

Apabila baginda diturunkan semula, baginda akan memperbetulkan kembali agama Kristian (kembali kepada agama Islam). Baginda juga akan membunuh Dajjal yang telah menyesatkan manusia pada waktu itu.

Rasulullah SAW bersabda,

“Nabi Isa AS akan turun di sebuah tempat iaitu di Menara Putih sebelah timur Kota Damaskus (Damsyik, Syria) dengan mengenakan pakaian yang dicelup za’faran dan ia disebutkan di dalam sebuah hadis daripada an Nawwas bin Sam’aan, beliau berkata: “Allah mengutus Isa bin Maryam. Dia turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damaskus dengan mengenakan pakaian yang dicelup dengan za’faran dalam keadaan berpegang kepada sayap dua malaikat.” (Riwayat Muslim)

Baca juga: Doa Pendek Yang Mustajab, Merangkumi 10 Perkara Penting. Subhanallah!

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan / Harian Metro / Ameer Hamzah

FT Image: Ameer Hamzah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×