Apabila seseorang Muslim itu membuat amalan kebaikan sudah pasti ganjaran pahala akan diberikan. Namun, dalam beramal sudah pasti niat di hati sangatlah penting dan perlulah ikhlas kerana Allah SWT bukan untuk bermegah diri di depan orang.
Melalui perkongsian ilmu dari Puan Aisyah Shahid terdapat 10 jenis dosa yang perlu dihindari supaya kelak pahala di akhirat tidak hilang. Ini termasuklah dosa riya’, mengungkit kebaikan dan sebagainya. Mari lihat senarainya di bawah.
Baca juga: Ini Antara 10 Amalan Harian Sunnah Nabi Muhammad SAW Yang Mudah Dilakukan
ANTARA 10 DOSA PERLU DIHINDARI UNTUK MANFAAT DI AKHIRAT
10 JENIS DOSA PERLU DIHINDARI SUPAYA PAHALA TAK HILANG DI AKHIRAT
10 dosa yang perlu dihindari supaya pahala tak hilang di akhirat:
1. DERHAKA KEPADA ORANG TUA
Suka melawan dan ngebantah jika diperintah, bermuka masam, bersikap acuh dan tidak hormat.
2. MENINGGALKAN SOLAT ASAR
“Siapa yang meninggalkan solat asar dengan sengaja, maka gugurlah amalannya.” (HR. Ahmad)
3. BERMAKSIAT BILA BERSENDIRIAN
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sungguh saya telah mengetahui bahawa ada suatu kaum dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih. Kemudian Allah menjadikannya debu yang berterbangan. Sesungguhnya mereka adalah saudara kalian dan dari golongan kalian, mereka solat malam sebagaimana kalian, tetapi mereka adalah kaum yang jika bersendirian mereka menerjang hal yang diharamkan Allah.“ (HR. Ibnu Majah)
4. PELIHARA ANJING
“Siapa yang memelihara anjing, kecuali anjing untuk menjaga haiwan ternak, berburu & menjaga tanaman, maka akan dikurangi pahalanya setiap hari sebanyak satu qiroth.“ (HR. Muslim)
5. MENGUNGKIT KEBAIKAN
Tak ikhlas memberi dan selalu mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan kepada orang lain.
6. DENGKI
Susah melihat orang senang, dan senang melihat orang susah. Selalu iri dengan kejayaan orang lain.
7. MENGUMPAT
Jika mengumpat, pahala pengumpat akan dipindahkan ke orang yang diumpat. Rugi serugi-ruginya!
8. RIYA’
Riya’ bermaksud seseorang melakukan ibadah bukan untuk Allah melainkan ingin mendapat sanjungan dan pujian dari manusia.
9. MURTAD
Jika keluar dari agama islam, maka terhapuslah semua amalan baik yg pernah seseorang lakukan.
10. MUSYRIK
Allah berfirman:
“Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah amalan yang telah mereka kerjakan.” (qs. Al An’am)
Sumber: Twitter Aisyah Shahid