Nur

Ini Antara 10 Amalan Harian Sunnah Nabi Muhammad SAW Yang Mudah Dilakukan

52
SHARES

Sunnah adalah setiap perkara yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada ia berbentuk percakapan, perbuatan ataupun persetujuan (iqrar) daripada Nabi SAW.  Terdapat banyak perbuatan sunnah dari Nabi Muhammad SAW yang mudah untuk umatnya meneladani.

Ini termasuklah amalan harian yang dilakukan Baginda yang dapat memberi manfaat pahala kepada kita sekiranya diamalkan. Justeru itu, mari sama-sama lakukan antara 10 sunnah harian Baginda seperti di bawah.

Baca juga: Macam Mana Nak Uruskan Jenazah Muslim Yang Pakai Braces? Ini Informasi Penting Anda Kena Cakna!

AMALAN HARIAN YANG SENTIASA DILAKUKAN RASULULLAH

Gambar hiasan: Odua – Freepik.com

Kalau sebut pasal sunnah nabi, ramai suka sebut poligami. Sebenarnya ada banyak lagi sunnah Nabi yang mudah untuk kita buat dan boleh dapat pahala hari-hari.

Ini antara amalan harian yang Nabi Muhammad sentiasa lakukan dalam kehidupan harian. Tapi masih banyak amalan-amalan Sunnah lain yang diamalkan oleh Rasulullah.

Semoga kita tergolong dalam kalangan umat Nabi Muhammad yang sentiasa istiqamah dalam mengamalkan amalan Sunnah disamping tak meninggalkan ibadah wajib.

10 SUNNAH NABI YANG MUDAH DIAMALKAN:

1. MENDAHULUKAN KAKI KANAN WAKTU PAKAI SANDAL & KAKI KIRI SAAT MENANGGALKANNYA

Gambar hiasan: Google.com

Nabi Muhammad SAW menggalakkan setiap umatnya supaya mendahulukan anggota kanan dan kemudiannya diikuti anggota kiri dalam setiap perkara yang dilakukan seharian.

“Jika kalian memakai sandal maka dahulukanlah kaki kanan. Dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sekali.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

2. SELALU TERSENYUM

Gambar hiasan: Google.com

Senyum merupakan ‘sedekah’ yang paling mudah untuk dilakukan oleh setiap orang, dan Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya.

Ini membuatkan orang sekeliling senang padanya. Abdullah bin al-Harith r.anhu berkata,

“Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” [Hadis Riwayat At-Tirmizi]

3. SUNNAH BANGUN DARI TIDUR

Gambar hiasan: Google.com

Setelah bangun tidur, disunatkan untuk mengusap wajah dengan tangan, seperti sabda Nabi saw;

“Rasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.” [Hadis Riwayat Muslim]

Kemudian, membaca doa;

“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikanNya dan kepadanNyalah kami dikembalikan). [HR Bukhari]

4. MASUK & KELUAR KE BILIK AIR/TANDAS

Gambar hiasan: Google.com

Masuk dengan kaki kiri dan membaca doa;

“Allahumma inni a’uzubika minal khubusi wal khaba’is (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadau dari godaan syaitan lelaki dan perempuan).” [HR Bukhari & Muslim]

Keluar dengan kaki kanan sambil membaca doa;

“Ghufranak (Aku memohon ampun kepadaMu). [HR An-Nasa’ie]

5. KETIKA BERPAKAIAN

Gambar hiasan: Google.com

Disunatkan untuk membaca “Bismillah” ketika hendak memakai pakaian dan apabila ingin melepaskannya. Hakikatnya, membaca “Bismillah” ini disunatkan untuk setiap perbuatan.

Memulakan bahagian sebelah kanan ketika memakai pakaian dan sebelah kiri apabila ingin menanggalkannya.

Doa memakai baju/pakaian;

“Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan telah memberikan rezeki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku.” [Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi Dan Ibnu Majah]

6. KETIKA MASUK & KELUAR RUMAH

Gambar hiasan: Google.com

Ketika nak keluar rumah, disunatkan membaca;

“Bismillahi tawakkaltu alallah, wa la haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku bertawakkal kpd Allah. Dan tiada daya & kekuatan kecuali dgn pertolongan Allah).” [HR Abu Daud, At-Tirmizi]

Manakala ketika hendak masuk ke dalam rumah pula, disunatkan untuk mengucapkan bismillah, memperbanyakkan zikir kepada Allah dan mengucapkan salam sama ada rumah tersebut ada orang atau tidak.

Ini kerana syaitan akan berkongsi tempat tinggal dengan kita, apabila penghuninya tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya.

7. MENGUCAP SALAM & BERSALAMAN

Gambar hiasan: Google.com

Apabila bertemu dengan sesama Muslim, disunatkan untuk kita mengucapkan salam, “Assalamualaikum atau Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”, sama ada pada orang yang kita kenal atau tidak. Kemudian, bersalam-salaman.

Hal ini seperti sabda Baginda,

“Keutamaan dalam Islam adalah dengan memberi makan dan mengucapkan salam pada orang yang kamu kenali atau tidak kenal.” [Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim]

8. BERZIKIR

Gambar hiasan: Google.com

Amalan berzikir juga merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW. Bahkan, lidah Baginda tidak lekang memuji nama-nama Allah yang indah tidak mengira waktu.

Selain menggunakan lisan atau lidah, kita juga boleh berzikir melalui hati sama ada ketika berdiri, duduk atau berbaring.

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, maka hati menjadi tenteram.” Ar- Ra’d : 28

9. MEMBACA AL-QURAN

Gambar hiasan: Google.com

Dengan membaca al-Quran kita akan peroleh ketenangan dan kedamaian jiwa. Malah, membaca al-Quran dapat meningkatkan tahap kecintaan dan ketakwaan terhadap Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang sebagai pemberi syafaat bagi sahabatnya (orang yang membacanya).” (HR Muslim)

10. MENGERJAKAN SOLAT BERJEMAAH TEPAT PADA WAKTUNYA

Gambar hiasan: Google.com

Nabi SAW bersabda:

“Kalau saja manusia tahu pahala panggilan shalat dan shaf awal, kemudian mereka tidak bisa mendapatkannya selain harus dengan mengundi, pasti mereka akan mengundi.” ( HR Muslim)

Sumber: Twitter Aisyah Shahid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×