Nur

Manfaat Baca Surah Al-Fiil, Ikhtiar & Penawar Penyakit Manusia Terutama Kanser!

36
SHARES
surah Al-Fiil

Sesungguhnya semua ayat Al-Quran adalah penawar bagi hati dan penyakit manusia. Begitulah dengan membaca surah Al-Fiil yang boleh dimanfaatkan untuk merawat penyakit kanser dan menawarkan bisa serta racun.

Paling penting anda sudah ikhtiar dan kemudian yakin dan berserahlah dengan kekuasaan Allah SWT. Mari lihat perkongsian lanjut dari ustazah Aminah Mat Yusoff berkenaan amalan membaca surah Al-Fiil ketika ibunya sedang sakit.

Baca juga: 5 Petua Awet Muda Cara Islam, Wajah Tetap Cantik Meski Usia Meningkat!

SURAH AL-FIIL

surah Al-Fiil

Bacaan rumi surah al-Fiil:

Bismillahirahmaanirahim

Alam tara kai fafa ‘alarobbuka bi ashabil fil ۝ Alam yaj ‘al kaidahum fi tadlil ۝ Wa arsala ‘alaihim toiron ababil ۝ Tarmihim bihijarotim min sijjįl ۝ Faja ‘alahum ka ‘asfim Makkul ۝

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang

  1. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
  2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
  3. Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, –
  4. Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, –
  5. Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Baca juga: Himpunan 16 Doa Harian Mudah Hafal, Boleh Diajarkan Pada Anak-Anak!

Semasa ibu saya masih ada, inilah surah yang sering saya baca untuk legakan rasa sakitnya.

Letakkan telapak tangan di tempat yang sakit dan baca surah al-Fiil. Bila sampai ayat 4, pejam mata dan bayangkan sel-sel kanser dibakar dengan Batu dari mulut burung Ababiil. Ulang beberapa kali dan selesaikan dengan ayat 5.

Ada juga petua yang mengatakan ayat ke 5 mampu menawarkan bisa dan racun. Baca ayat 1-5 dan ulang ayat 5 sebanyak beberapa kali serta sudahi dengan doa kepada Allah.

Sesungguhnya semua ayat Al-Quran adalah penawar bagi hati dan penyakit manusia. Tinggal lagi, pasakkan keyakinan kita dengan kuasa Allah SWT. “Kun Fayakuun”.

Baca juga: Himpunan 7 Doa Minta JODOH, Semoga Tahun Depan Makan Nasi Minyak!

surah Al-Fiil

surah Al-Fiil

Baca juga: Status Anak Belum Baligh Meninggal Dunia, Beri Syafaat & Tunggu Ibu Bapa Di Syurga!

Sumber: Aminah Mat Yusoff

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×