Nur

Doa Penyeri Wajah Dari Surah Yusuf & 5 Amalan Aura Kekal Bersinar!

44
SHARES
doa penyeri wajah

Penulis percaya, ramai menginginkan rupa paras yang mempunyai aura ‘sejuk’ apabila dipandang orang. Terdapat beberapa amalan dan doa penyeri wajah boleh diamalkan agar aura tersebut kekal utuh.

Selain menggunakan produk kecantikan wajah, anda boleh mengamalkan doa penyeri wajah dari Surah Yusuf seperti di bawah. Malah, ada juga 5 amalan untuk mendapatkan wajah yang berseri.

Baca juga: 3 Amalan Doa Hamil Bayi Lelaki, Tak Salah Ibu Bapa Cuba & Ikhtiar Cara Ini!

DOA PENYERI WAJAH

doa penyeri wajah

AMALAN UNTUK WAJAH BERSERI

1. Amalkan membaca “Ya Qawwiyu”

Maksudnya: ‘Wahai yang Maha Kuat’. Bacalah ia selepas memberi salam kedua, yakni selepas solat.

2. Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi

Kita selalu mengamalkan mencuci muka dengan apa sahaja pencuci muka sejurus selepas bangun daripada tidur, walhal amalan itu boleh menghilangkan seri di wajah. Sebaliknya adalah lebih baik untuk mencuci muka sebelum tidur dan pastinya akan menaikkan seri muka.

3. Gunakan 3 jari tengah

Gunakan 3 jari tengah sewaktu menggosok muka, sama ada semasa mencuci muka atau menempek ‘mosturizer’.

Baca juga: Rasa Diri Wanita Solehah, Tengok Ada Tak Ciri-Ciri Ini, Kalau Ada Alhamdulillah…

4. Berselawat 3 kali

Selepas berselawat 3 kali, tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa:

“Ya Allah, serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku”

5. Membaca doa ketika melihat cermin

“Ya Allah, sebagaimana Kau cantikkan wajahku maka perelokkanlah pekertiku”

AMALAN SURAH YUSUF

Anda juga boleh mengamalkan Surah Yusuf, ayat 4, sebaik-baiknya selepas solat agar diberikan aura wajah yang tampan atau cantik.

Baca juga: Hukum Lelaki Pakai Inai Di Jari, Tanpa Sedar Ramai Yang Dah Buat!

Sumber: Rumahku Syurgaku / Kebahagian Rumahtangga

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×