Nur

Hukum Lelaki Pakai Inai Di Jari, Tanpa Sedar Ramai Yang Dah Buat!

17
SHARES
hukum lelaki memakai inai

Di dalam majlis perkahwinan, dapat dilihat kebiasaan pengantin lelaki diinaikan jarinya. Selalunya, mereka hanya memakai pada 3 jari sahaja. Namun, apakah hukum lelaki memakai inai?

Mari lihat perincian berkenaan hukum lelaki memakai inai seperti di bawah.

Baca juga: Hukum Gantung Gambar Dalam Rumah, Ramai Orang Masih Belum Tahu, Ini Penjelasannya

HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI

hukum lelaki memakai inai

Gambar: Sayidahnapisahdotcom

Inai adalah perhiasan wanita

Makluman pembaca, inai merupakan perhiasan wanita bukannya untuk lelaki. Dalam sebuah hadith, diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha:

أَوْمَتِ امْرَأَةٌ مِنْ وَرَاءِ سِتْرٍ بِيَدِهَا كِتَابٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَبَضَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَدَهُ فَقَالَ: ‏ مَا أَدْرِي أَيَدُ رَجُلٍ أَمْ يَدُ امْرَأَةٍ‏.‏ قَالَتْ بَلِ امْرَأَةٌ ‏.‏ قَالَ: لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ.‏ يَعْنِي بِالْحِنَّاءِ.

Maksudnya: Seorang wanita memberikan isyarat dari belakang tabir bagi menunjukkan pada tangannya ada surat untuk diberikan kepada Rasulullah SAW. Maka Nabi SAW menggenggam menutup tangannya lalu berkata: “Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki ataupun tangan perempuan?”. Jawab perempuan tersebut: “Perempuan”. Lalu Baginda berkata: “Jikalau kamu ini perempuan, nescaya akan lakukan perubahan pada kuku-kuku kamu (iaitu dengan inai)”. Riwayat Abu Daud (4166), al-Nasa’ie di dalam al-Kubra (9311) & Ahmad di dalam Musnadnya (26258). Al-Albaani menilainya Hasan.

Di dalam ‘Aun al-Ma’bud disebutkan bahawa hadith di atas menunjukkan kepada tersangat digalakkan bagi wanita untuk mengenakan inai. Al-Sanadi mula menyebutkan bahawa yang disebutkan dengan (لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً) itu membawa makna: “Sekiranya kamu meraikan syiar bagi wanita, nescaya kamu akan mengenakan inai pada tanganmu”.

Baca juga: Cakap Jangan Sembarangan, Ini Maklumat RUMAH PUSAKA Yang Anda Perlu Tahu!

Hadis larangan lelaki menyerupai wanita

Setelah mengetahui bahawa inai itu adalah perhiasan bagi wanita, maka dalam sebuah hadith yang lain terdapat larangan bagi menyerupai wanita. Sabda Nabi SAW daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ‏

Maksudnya: Rasulullah SAW telah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan golongan wanita yang menyerupai lelaki. Riwayat Al-Bukhari (5885)

Al-Imam Ibn Battal Rahimahullah menyebutkan bahawa al-Tabari Rahimahullah mengatakan bahawa pada hadith di atas terdapat fiqhnya iaitu tidak boleh bagi lelaki menyerupai wanita pada sudut pakaian, perhiasan yang dikhususkan buat wanita.

Selain itu, Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan di dalam al-Majmu’:

أَمَّا خِضَابُ الْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ بِالْحِنَّاءِ فَمُسْتَحَبٌّ لِلْمُتَزَوِّجَةِ مِنْ النِّسَاءِ: لِلْأَحَادِيثِ الْمَشْهُورَةِ فِيهِ وَهُوَ حَرَامٌ عَلَى الرِّجَالِ إلَّا لِحَاجَةِ التَّدَاوِي

Maksudnya: Adapun mewarnakan kedua tangan dan kaki dengan inai, maka digalakkan bagi yang berkahwin dikalangan perempuan berdasarkan hadith-hadith masyhur padanya dan haram ke atas lelaki-lelaki (memakai inai) kecuali untuk berubat. [Lihat al-Majmu’. Dar al-Fikr, 1/294]

Begitu juga al-Imam al-Syarwani Rahimahullah di dalam hasyiahnya bagi kitab Tuhfah al-Muhtaj karangan Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah turut menyatakan perkara yang sama iaitu digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin untuk berinai dan haram ke atas lelaki.

Baca juga: Ibu Bapa Jangan Biasa Tukar Baju & Tayang Tubuh Depan Anak, Ada Sebabnya Islam Larang!

Kesimpulan

Berdasarkan kenyataan di atas, tidak dibenarkan bagi lelaki untuk mengenakan inai pada kedua tangan atau kaki mereka tetapi digalakkan bagi perempuan yang telah berkahwin untuk berinai bagi tujuan berhias. Hal ini kerana, berinai itu termasuk di dalam perhiasan wanita.

Oleh itu, tidak boleh bagi lelaki untuk berinai sama ada bagi tujuan perkahwinan ataupun selainnya atas dasar berhias, agar nampak cantik dan sebagainya. Melainkan untuk tujuan berubat yang mana dengan berinai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.

Namun begitu, jika lelaki ingin mengenakan inai pada rambut, perkara itu tiada masalah kerana terdapat hadith yang membenarkannya.

Baca juga: Doa Pelindung Diri Supaya Dihampiri Orang Baik & Jauh Dari Mereka Yang Berniat Jahat

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Sayidahnapisahdotcom / anajingga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×