Asuh

Bayi Usia 42 Hari Pucat & Kekuningan Selepas Ibu Rawat Radang Kulit Guna Inai

152
SHARES

Seorang bayi berusia 42 hari mengalami kekuningan, pucat, dan air kencingnya kemerahan selama dua hari selepas ibunya merawat radang kulitnya (napkin rash) menggunakan inai, lapor laman berita Kosmo.

Baca juga: Paracetamol VS Toren, Ubat Mana Perlu Beri Untuk Anak Positif Jangkitan Influenza?

BAYI TERKESAN SELEPAS IBU RAWAT ‘NAPKIN RASH’ GUNA INAI…

Gambar: Public Health Malaysia.

Menerusi perkongsian Facebook Public Health Malaysia (PHM), bayi tersebut dibawa ke hospital dan setelah pemeriksaan dilakukan, hemoglobin (HB) jatuh kepada 6gm/dl dan terdapat kekurangan G6PD.

Katanya, terdapat bahan di dalam daun inai dikenali sebagai Lawson.

“Ia digunakan bukan sahaja untuk kosmetik, tetapi terapi penyakit kulit tertentu.

“Di dalam kajian, sebatian kimia ini boleh menyebabkan sel darah terurai dan pecah,” jelasnya.

Gambar hiasan – Kosmo.

Mengulas lanjut, Public Health Malaysia menjelaskan, penggunaan inai kebiasaannya adalah selamat, kecuali pada mereka yang mempunyai alahan.

“Elakkan menggunakan inai jika anda mempunyai alergik kepada Lawsonia Inermis.

“Tiada data kajian untuk kegunaan selamat dalam kalangan ibu mengandung atau menyusu. Jika boleh, elakkan sahaja,” ujarnya.

IBU MENGANDUNG JANGAN PAKAI ‘NAIL POLISH’…

Malah, PHM turut menasihatkan kepada ibu mengandung supaya tidak memakai pengilat kuku atau ‘nail polish’ bagi mengelakkan oximeter sukar mengesan oksigen dalam darah sewaktu bersalin.

Sumber: Kosmo / Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×