Asuh

Paracetamol VS Toren, Ubat Mana Perlu Beri Untuk Anak Positif Jangkitan Influenza?

220
SHARES

Awal tahun ini, pernah tular mengenai satu kes keluarga yang kehilangan anak kecil mereka disebabkan radang otak yang berpunca daripada pemberian ubat punggung NSAIDS semasa pesakit sedang mengalami jangkitan influenza.

Ibu bapa yang risau berkenaan hal ini, anda perlu tahu terdapat dua jenis ubat yang diberi melalui punggung iaitu Paracetamol (Supp. PCM) dan Diclofenac (Supp. Voren) seperti dijelaskan oleh Doktor Redza Zainol. Namun, yang mana satu perlu diberi Paracetamol atau Voren kepada anak yang positif influenza? Jom baca penerangan beliau di bawah.

Baca juga: Rupanya Ini Tiga Tips Tambah Ketinggian Anak Bawah 18 Tahun

PESAKIT POSITIF JANGKITAN INFLUENZA: PARACETAMOL VS TOREN

Baru-baru ni, kawan saya dari Selangor hubungi saya.

Dia kata anak dia demam tinggi dan tak kebah-kebah. Bila pergi ke klinik, rupanya positif jangkitan Influenza. Doktor tu nak bagi ubat demam melalui punggung tapi kawan saya ni tak bagi.

“Aku dengar bahaya bagi ubat demam melalui punggung. Betul ke?”

Saya kata gini.

TERDAPAT 2 JENIS UBAT DIBERI MELALUI PUNGGUNG

Ada 2 jenis ubat demam yang selalu diberi melalui punggung ni.

1. PARACETAMOL (SUPP. PCM)

Gambar hiasan: AlproPharmacy

Yang pertama namanya Paracetamol.

Bila Paracetamol diberi melalui punggung, kita panggil ia sebagai Suppository Paracetamol. Nama pendek dia Supp. PCM.

2 DICLOFENAC (SUPP. VOREN)

Gambar hiasan: MediSaveMY

Yang kedua, namanya Diclofenac dan ia dibawah kumpulan NSAID (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug). Diclofenac pun boleh diberi melalui punggung dan nama pendeknya ialah Supp. Voren.

DINASIHATKAN BERI SUPP. PCM KEPADA PESAKIT POSITIF JANGKITAN INFLUENZA

Gambar hiasan: ClevelandClinic’sHealthEssentials

Ada 1 kajian yang diterbitkan di Jepun. Dia dapati kadar kematian meningkat bila ubat Diclofenac diberi pada pesakit yang positif jangkitan Influenza.

Jadi, dah jelas yang kita tak boleh bagi Suppository Diclofenac kalau positif jangkitan Influenza. Saya nasihatkan dia untuk guna Supp. PCM sahaja.

KIRAAN DOS SUPP. PCM MENGIKUT UMUR ANAK

Dos untuk Supp. PCM, kiraannya macam ni:

  • Umur 3 bulan – 11 bulan : 60 – 125mg
  • Umur 1 tahun – 4 tahun : 125 – 250mg
  • Umur 5 tahun – 11 tahun : 250 – 500mg

1. PATAHKAN DUA SUPP. PCM BILA…

Gambar hiasan: HelloDoktor

Selalunya, Supp. PCM datang dalam dos 250mg.

Jadi kalau anak umur setahun, boleh patahkan ubat Supp. PCM jadi dua dan beri separuh.

“Separuh lagi tu kau simpan. Lagi 6 jam, kau bagi lagi separuh tu kalau masih demam.”

2. SUPP. PCM MAKSIMUM 4X SEHARI & TAK BOLEH DITELAN

Maksimum boleh bagi Supp. PCM 4 kali sehari dan ubat ni tak boleh ditelan. Kalau masih tak sihat, saya minta dia bawa ke klinik lagi.

Di hujung perbualan tu, kawan saya cakap

“Kita yang dewasa ni kalau demam, senang sikit.”

Saya tanya dia, dah kenapa pula senang. Dia jawab gini. “Kita demam, pergi ambil MC dah terus baik. Hahaha!”

“Ala baler kawan macam ni.”

Sumber: Facebook Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×