Nur

Doa Pelindung Diri Supaya Dihampiri Orang Baik & Jauh Dari Mereka Yang Berniat Jahat

19
SHARES
doa pelindung diri

Hati manusia akan sentiasa berbolak-balik. Tiada daya seseorang itu untuk mengetahui akan niat manusia di sekelilingnya. Maka dengan itu, tidak salah untuk membaca doa pelindung diri ini agar bertemu orang baik dan dijauhi mereka berniat jahat sebelum keluar dari rumah sebagai satu amalan memohon perlindungan dari Maha Esa.

Semoga perkongsian doa dari Puan Aminat Mat Yusoff ini dapat melindungi anda dari sebarang niat buruk dari orang di sekeliling dan dipelihara dengan para sahabat yang baik.

Baca juga: Doa Nabi Sulaiman Tundukkan Haiwan Berbisa & Buas Serta Doa Lain. Mari Manfaatkan!

DOA PELINDUNG DIRI

doa pelindung diri

Gambar: Aminat Mat Yusoff

Ramai sahabat FB yang bertanya, bagaimana untuk kenali orang yang kita jumpa itu baik atau tidak.  Ada satu ayat yang mesti kita amalkan sebelum keluar dari rumah. Surah An-Namlu ayat 30.

Kadang-kadang Allah gerakkan hati kita untuk mendekati orang yang baik-baik dan dekat dengan Allah SWT.  Hati rasa tidak selesa bila orang yang berniat jahat menghampiri kita. Perasaan ini akan membuatkan kita menjauhinya.

Jika baik orangnya, maka baik juga yang terzahir dari kata-kata dan perbuatannya. Jika tidak baik hatinya, akan keluar satu persatu di hadapan kita walaupun dia cuba menutupi kesalahannya.

Andai dia berkata buruk di belakang kita, pasti ada juga yang menyampaikan. Kuatkan hati dan janganlah bersedih, anggap sahaja dia sedang menyumbang pahala untuk kita.

Baca juga: Tips Cebok Kemaluan Wanita Dengan Betul, Baru Suci Bersih & Segar!

Pesan saya…

doa pelindung diri

Maksudnya:“Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Jika Allah temukan kita dengan orang yang baik dan mendamaikan hati, bila lihat dia, kita ingat pada Allah, jika kita salah dia beritahu, tak cerita pada orang dan selalu ajak kita jadi positif.

Pegang erat tangannya, jangan lepaskan… dialah sahabat kiriman Allah untuk kita. Usahalah untuk jadi seperti itu kerana kita nak diapun selesa bersahabat dengan kita.

Pesanan terpenting…

Jika berlaku perbuatan yang tidak menyenangkan di hadapan kita, yang menyakitkan hati, yang buat kita sedih, yang menjatuhkan maruah kita, jangan cerita pada orang lain kerana kita tidak mahu menanggung dosa ghibah.

Diam atau mengadu sahaja pada Allah SWT. Jangan sakiti sesiapapun, pasti Allah mendengar dan bersedia dengan khabar gembira untuk kita.

Baca juga: Ikhtiar BATAL SIHIR, Baca 7 Surah Dalam Al-Quran Ini Setiap Pagi & Petang!

Sumber: Aminah Mat Yusoff

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×