Suami kepada Neelofa, PU Riz menerusi laman Instagramnya ada berkongsikan satu doa perlindungan untuk anak agar dihindari syaitan dan jin.
Doa perlindungan ini mudah untuk dihafal selain boleh diamalkan bila-bila masa mengikut waktu kesesuaian sama ada selepas solat atau sebelum tidur.
Baca juga: Hukum Tengok Cerita Kartun Seksi & Dedah Aurat Sampai Naik Nafsu Syahwat, WAJIB Ambil Tahu!
DOA PERLINDUNGAN UNTUK ANAK DIJAUHKAN SYAITAN

Freepik
“Nabi kata siapa baca doa ini, anak-anak tidak akan diganggu oleh syaitan. Kalau belum baca, baca sekarang. Kalau ada anak degil, jenis tak dengar cakap, berlari lintang pukang, walaupun itu adalah sifat seorang anak tapi tak salah untuk baca doa ini supaya syaitan takut dengan dia,” jelasnya.
Rasulullah SAW sering membaca doa ini untuk cucu Baginda:
اللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهُمَا بِكَلِمَاتِكَ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
Allāhumma inni uidhuhuma bikalimatika at-tammati min kulli shayṭanin wa hammah, wa min kulli ‘aynin lammah.
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon perlindungan untuk mereka berdua dengan kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang berbisa, dan daripada setiap mata yang jahat.”
“Kita sayang tak anak kita? Tapi kena ingat bukan semua orang suka dekat anak kita, bukan semua orang suka tengok kita ada anak.
“Jadi, apa yang perlu dan baik untuk kita buat adalah dengan membaca doa perlindungan yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Diharapkan dengan perkongsian doa perlindungan di atas ini, anda semua berada dalam keadaan sejahtera bersama keluarga tersayang.
Jangan lupa amalkan ya!
Baca juga: 5 Jenis Tawaf Dalam Islam Ketika Tunaikan Umrah Atau Haji, Baru Ibadah Sempurna & Lengkap
Sumber: Instagram Haris Ismail