Menerusi video di laman TikTok, terdapat satu perkongsian dari Ustaz Kazim Elias mengenai doa untuk anak autisme yang boleh diamalkan setiap hari oleh ibu bapa.
Doa untuk anak autisme ini agak pendek, mudah untuk dihafal dan boleh dibaca setiap kali selepas selesai menunaikan solat fardu.
Baca juga: Kena Paksa Bayi Dibedung, Kaunselor Laktasi Kongsi Banyak Manfaatnya…
USTAZ KAZIM ELIAS KONGSI DOA UNTUK ANAK AUTISME
Perkongsian doa untuk anak autisme adalah seperti di bawah:
Surah Hud, ayat 56 (11:56):
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُم ۚ مَا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌۢ بِنَاصِيَتِهَآ ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ
Maksudnya: “Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Tidak ada satu makhluk yang bergerak (bernyawa) melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
Ayat ini menunjukkan kebergantungan Nabi Hud kepada Allah SWT dan penegasan bahawa Allah yang menguasai segala sesuatu. Ia juga menegaskan kepastian Allah sentiasa adil dan berada di jalan yang lurus.
Menerusi video pendek itu, ibu ayah disarankan mengamalkan doa untuk anak autisme ini sebanyak 16 kali selepas menunaikan solat Subuh dan 10 kali selepas solat Zohor, Asar, Maghrib serta Isyak.
Doa untuk anak autisme ini disarankan agar dibaca dekat air dan berikan kepada anak untuk minum selain membacanya ketika dia tidur sambil memegang ubun-ubun kepala.
Selain itu, boleh juga tambahkan doa di bawah ini:
“Ya Allah, sembuhkanlah cucu/anakku dari penyakit autisme ini.”
Semoga perkongsian doa untuk autisme ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana. Jangan putus asa ya!
Baca juga: Idea Nama Bayi Perempuan & Lelaki Yang Bermaksud Bijaksana, Indah Setiap Kali Dipanggil
Sumber: TikTok Sahabat Masjid Original