Menerusi perkongsian Kaunselor Laktasi, Nad Masrom di laman Facebooknya, dia ada menjelaskan perbandingan antara bedung bayi di Malaysia dan luar negara.
Perbandingan tersebut dijelaskan kerana terdapat satu komen daripada pengguna media sosial yang menghentam bedung bayi di Malaysia.
Baca juga: Kalau Nak Anak Dapat Semua A, Kena Bagi 5 Makanan Ini Sepanjang SPM
BEDUNG BAYI DI MALAYSIA SAMA KE DENGAN LUAR NEGARA?
“Benda paling pelik saya pernah tengok. Tak pernah buat dekat anak saya macam ini,” komennya.
Difahamkan bedung dipakai di Malaysia adalah tidak sama dengan luar negara kerana kain lebih nipis mengikut kesesuian suhu semasa.
“Kebiasaanya di Malaysia kita akan memakai kain yang nipis sesuai dengan suhu di Malaysia. Dan kebiasaanya kita akan menggunakan teknik bedung yang ‘membalut’ dengan kemas untuk mengelakkan tangan bayi mudah terkeluar atau terjaga sewaktu tidur. Kalau di barat biasanya mereka menggunakan bedung jenis segera dan sebahagiannya berkain tebal,” jelas Nad Masrom.
Tambahnya lagi, matlamat memakai bedung bayi adalah masih sama iaitu ingin membuatkan si manja rasa hangat seperti berada di dalam rahim.
“Matlamatnya masih lagi sama iaitu untuk memberi rasa hangat dan selesa seperti di dalam rahim untuk bayi 0-3 bulan. Secara tidak langsung ia membantu bayi tidur lebih lama tanpa terganggu oleh pergerakan refleks.
“Faktor utama dalam membedung bayi adalah pastikan bayi selesa, boleh bernafas dengan baik, dan tidak terlalu panas semasa dibedung,” katanya.
Bagi ibu menyusu pula, bedung sangat membantu untuk memastikan bayi diposisi yang betul selain menyumbang kepada kejayaan penyusuan awal kelahiran.
Baca juga: Idea Nama Bayi Perempuan & Lelaki Yang Bermaksud Bijaksana, Indah Setiap Kali Dipanggil
Sumber: Facebook Nad Masrom