Famili

“Pulanglah Ke Rumah…” – Pelajar Politeknik Hilang, Ibu Ayah Mohon Bantuan Cari Anak Tunggal

8
SHARES
PELAJAR POLITEKNIK HILANG

Seorang pelajar politeknik hilang sejak 11 November 2024 dan difahamkan sehingga kini masih belum ditemui. Menerusi laman Facebook milik ibu remaja berkenaan, dia meminta kerjasama orang ramai agar membantu mencari anak tunggalnya itu. Nurul Syuhada, 18 tahun tidak dapat dihubungi oleh ibu ayahnya selepas keluar pada tarikh berkenaan.

Baca juga: Anak 10 Tahun Hidap Kencing Manis Tahap 1, Tiada Ubat Hanya Cucuk Insulin Untuk Kawal Gula

PELAJAR POLITEKNIK HILANG, IBU AYAH MOHON BANTUAN RAMAI

PELAJAR POLITEKNIK HILANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kami dengan perasaan berat hati dan dukacita memohon bantuan dan kerjasama daripada semua pihak (yang berkenaan, secara langsung dan tidak langsung) yang mempunyai maklumat berkaitan individu seperti di bawah. 

Anak perempuan tunggal kami, Nurul Syuhada binti Muksin, 18 tahun, telah dilaporkan hilang semenjak 10 november 2024. Lokasi terakhir anak kami, Nurul Syuhada, dilaporkan adalah di pekarangan kolej kediaman Politeknik Ungku Omar. Asrama kamsis delima, Ipoh, Perak sebelum menaiki grab pada 10 november 2024.

Nurul syuhada membawa bersama laptop peribadi, kunci lokar asrama dan juga kad pelajarnya. Kami amat memerlukan bantuan orang ramat sekiranya pernah ternampak dia di mana-mana atau mempunyai sebarang maklumat mengenai anak perempuan
tunggal kami, sila segera hubungi: ayah Nurul di 016-6344 968 (Muksin) atau ibu Nurul di 013-2175071 (Safiah).

Kepada anakku Nurul yang sangat kami rindui, ibu dan ayah sangat menanti kepulangan dan berharap Nurul dalam keadaan selamat dan sihat. Ketahuilah wahai anakku. Ibu dan ayah sangat menyayangi nurul dan setiap masa kami menanti panggilan dari Nurul.

Pulanglah ke rumah serta kongsikan keberadaan nurul dan sekiranya nurul berada dalam keadaan yang selamat. Kerjasama dari semua pihak amat dihargai.

Baca juga: Hukum Suami Buat Prosedur ‘Ikat’ Kilang Telur (Vasektomi) Untuk Rancang Keluarga…

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×