Famili

Anak 10 Tahun Hidap Kencing Manis Tahap 1, Tiada Ubat Hanya Cucuk Insulin Untuk Kawal Gula

5
SHARES
kencing manis

Menerusi laman Facebook milik Mohd Zulkimi Roslly, dia ada kongsikan satu kisah menyayat hati di mana anak berusia 10 tahun disahkan menghidap kencing manis tahap 1 atau juga dikenali diabetis melitus jenis 1.

Jelasnya, ujian ini merupakan tamparan hebat buat dia dan isterinya kerana tidak sanggup melihat keadaan kanak-kanak 10 tahun terpaksa menjalani kehidupan seperti itu.

Baca juga: Doa Elak Musibah Atau Kemalangan Di Jalan Raya, Jadikan Amalan Setiap Kali Keluar

ANAK 10 TAHUN HIDAP KENCING MANIS JENIS 1, TIADA UBAT

KENCING MANIS

“Kita ini hanya pelakon dunia dalam cerita yang Allah telah garap dari mula hingga akhir. Seminggu sudah berlalu, bermulanya satu perjalanan yang sangat panjang bagi anak sulung saya ini pada 22 Disember 2024.

“Mungkin ada yang bertanya, kenapa masuk wad minggu lepas serta diiringi ucapan semoga cepat sembuh. Tapi anak saya hanya menjawab “tiada ubat”,” luahnya.

Menurutnya, diabetes melitus jenis 1 ini berbeza dengan kencing manis jenis 2 yang sering dihidapi oleh orang dewasa sahaja. Lebih menyedihkan, masih tiada ubat makan untuk penyakit anaknya itu selain bergantung kepada insulin.

“Type 1 Diabetes Mellitus. Ya, sejenis penyakit kencing manis yang berbeza dari penyakit kencing manis Type 2 (sering dihidapi oleh orang dewasa). Tiada ubat makan, hanya suntikan insulin sahaja untuk mengawal gula.

“Tamparan hebat untuk anak, saya, isteri dan seluruh ahli keluarga. Tidak tertahan air mata sejak seminggu lalu. Satu ujian panjang yang sangat hebat, mengubah gaya hidupnya sebagai kanak-kanak 10 tahun yang sedang membesar,” katanya.

– Tiada lagi boleh makan bila-bila masa.

– Makan hanya boleh 3 kali sehari.

– Hanya boleh ‘snacking’ protein sahaja.

– Kena kira jumlah gram karbohidrat dalam setiap makanan

– Kena cek gula dalam darah sekurang-kurangnya 5-8 kali sehari.

– Kena suntik ubat insulin 4 kali sehari: 3 setiap sebelum makan, 1 sebelum tidur bergantung kepada jumlah karbohidrat dalam makanan yang dia akan makan dan tahap gula dalam darah.

– Jika kurang insulin, gula akan mencanak naik.

– Jika terlebih insulin, gula akan turun sehingga boleh menyebabkan pengsan dan mengancam nyawa.

Penat? Rumit? Betul. Kita yang dewasa juga merasakan satu proses yang amat sukar. Inilah yang terpaksa dilalui oleh anak saya ini selama lamanya.

Baca juga: Idea Nama Bayi Perempuan & Lelaki Yang Bermaksud Bijaksana, Indah Setiap Kali Dipanggil

Sumber: Facebook Mohd Zulkimi Roslly

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×