Biasanya, seseorang itu akan bekerja sehingga usia 60 tahun sebelum bersara. Namun, ada juga yang terpaksa bekerja tanpa mengiran usia demi kelangsungan hidup. Hal ini sama seperti video yang tular di media sosial di mana nenek pakai kostum haiwan iaitu arnab bewarna merah di ibu kota.
Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, dapat dilihat nenek tersebut duduk di atas kerusi berada di laluan kaki lima sambil memakai kostumnya.
Baca juga: “Mengalir Air Mata Tengok…” – Pakcik Bertongkat Datang Nak Jual Telefon, Terdesak Demi Rawatan Kaki
NENEK PAKAI KOSTUM HAIWAN, DUDUK TEPI JALAN UNDANG SEBAK
Video yang dimuat naik oleh Amirul Amer di laman TikTok itu sudah pastinya menarik perhatian warganet. Menerusi lokasi di video tersebut, kejadian tersebut dipercayai di Uptown Danau Kota, Kuala Lumpur.
Ketika video itu dirakam, nenek berkenaan dilihat sedang berehat sambil membuka kepala kostum terbabit. Tindakan tersebut dilakukan mungkin kerana berasa panas setelah beberapa jam memakai kostum arnab tersebut.
Kejadian tersebut membuatkan Amirul bersimpati melihat keadaan nenek berkenaan. Walaupun berusia namun itu bukan penghalang untuk dirinya mencari rezeki.
“Semoga murah rezeki selalu nenek. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Sentiasa bersyukur,” tulis Amirul di ruang kapsyen.
Video tersebut mendapat hampir sejuta tontonan dan ruangan komen dibanjiri komen warganet yang turut bersimpati melihat keadaan warga emas tersebut.
Rata-rata turut mendoakan agar urusan nenek ini sentiasa dipermudahkan dan dikurniakan rezeki agar dapat meneruskan kehidupan sehariannya.
“Kita hidup di dunia ini gunakan perahu yang sama tetapi harungi ombak yang berbeza. Ada yang kuat, ada yang kurang kuat. Begitulah kehidupan. Semoga nenek ini sentiasa dimurahkan rezeki.
“Ya Allah tak sanggupnya nak tengok. Biasa orang muda yang pakai kostum. Kali ini nenek pakai kostum. Kesiannya,” komen pengguna media sosial di video tersebut.
*Terus kuat nek, semoga diberikan rezeki sentiasa.
Baca juga: “Biar Lambat Asal Ada Kesedaran” – Ibu Gembira Dah 7 Hari Berjaya Buat Anak Tak Ketagih Tengok TV
Sumber: TikTok Amirul Amer