Sambutan tahun baru 2025 tidak lama lagi dan anda pastinya mencari tempat untuk melihat pertunjukan bunga api. Di bawah ini penulis ada kongsikan beberapa tempat yang boleh dijadikan pilihan.
Diharapkan tahun baru ini membawa harapan baru, semangat segar, dan peluang untuk kita semua melakar kejayaan yang lebih gemilang.
Baca juga: Tak Sangka Ada 100 Resort Menarik Di Perak Rupanya, Boleh Pilih Ikut Bajet Sendiri
TENGOK BUNGA API UNTUK SAMBUTAN TAHUN BARU 2025 ANDA DI SINI
1. IOI City Mall
Sambutan tahun baru anda lebih meriah dengan konsert yang diadakan di IOI City Mall. Pelbagai jualan makanan, minuman dan aktiviti menarik sehingga tengah malam. Jangan lepaskan pertunjukan bunga api yang pastinya memukau.
Lokasi: IOI City Mall, Symphony East (Masuk adalah percuma)
2. Sunway Pyramid
Ucapkan selamat tinggal kepada 2024 dan sambut tahun baru 2025 dengan lebih ekstravaganza. Pertunjukan bunga api pada jam 12am sudah pastinya mempesonakan.
Masuk adalah percuma dan jangan lepaskan peluang ini.
3. Menara Kuala Lumpur
Jom ke Menara Kuala Lumpur pada 31 Disember ini untuk meraikan Tahun Baru 2025. Saksikan dua pertunjukan bunga api di atas Menara Kuala Lumpur dan juga di laman Menara Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang ini.
Menara Kuala Lumpur menawarkan pakej berharga RM88 sekepala untuk menikmati bunga api yang luar biasa. Pakej ini termasuk tiket masuk ke Tower Terrace, Dek Pemerhatian & Sky Deck, hidangan ringan dan pek parti.
Penebusan pek parti bermula dari 9.00 malam di Kaunter Tiket, di UGF. Kemasukan bermula dari 9.00 malam. Dapatkan tiket anda sekarang kltower.com.my
4. 99 Wonderland Park
99 Wonderland Park, Kuala Lumpur menawarkan ‘keajaiban’ menarik sepanjang cuti sekolah untuk sambutan tahun baru 2025.
Bermula 20 December – 1 Januari 2025
Dewasa: RM45
Kanak-kanak: RM25
Dapatkan tiket anda di sini untuk melihat pertunjukkan bunga api yang hebat!
5. The Exchange TRX
Sambutan tahun baru 2025 lebih bermakna bersama The Exchange TRX kerana persembahan artis dari antarabangsa dan juga tempatan.
Anda juga boleh melihat pertunjukan bunga api dengan penuh kemeriahan dan sudah pastinya masuk adalah percuma dengan berkonsepkan ‘siapa cepat, dia dapat’.
Selain senarai di atas, ada juga beberapa tempat untuk anda sambut tahun baru 2025 di Kuala Lumpur:
- Taman KLCC
- Sekitar Bukit Bintang
- Lalaport BBCC
- Avenue K
- Dataran Merdeka
- Desa Park City
Tempat tidur di Kuala Lumpur view KLCC
Sekiranya anda ingin bermalam di Ibu Kota bersama pemandangan hebat menara KLCC, berikut adalah senarai tempat tidur dengan harga berpatutan:
- Star Residence
- Premiera Hotel
- Scartletz Suites
- Ceylonz Suites
- Nue Suites
Semoga bermanfaat dan sambutan tahun baru 2025 anda lebih bermakna.
Baca juga: Perkhidmatan Tren MySawasdee Dari Butterworth – Hatyai Secara Terus Bermula 29 Disember
Kredit imej: Freepik