Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan perkhidmatan khas iaitu tren Mysawasdee edisi Penang dari Stesen Butterworth – Hat Yai – Butterworth.
Perkhidmatan tren MySawasdee yang akan beroperasi sebagai percubaan ini akan bermula pada 29 Disember hingga 5 Januari depan.
Baca juga: Jadual Perjalanan Tren MySawasdee 2024 Ke Hatyai, Boleh Beli Tiket Bermula 4 Mac Ini
TREN MYSAWASDEE EDISI PENANG – HATYAI BERMULA 29 DISEMBER
KTMB menjelaskan bahawa percubaan itu bertujuan untuk menilai permintaan dan sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan khas tersebut.
Perkhidmatan tren MySawasdee ini hanya menawarkan tambang sehala pada harga RM45, dan ia akan berhenti di beberapa stesen utama, termasuk Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau, dan Padang Besar.
Jualan tiket melalui kios tiket atau secara online akan dibuka pada 23 Disember 2024 jam 10 pagi. Masa berlepas dari stesen Butterworth adalah jam 7.40 pagi dan dijangka tiba di Hat Yai sekitar 12.05 tengah hari waktu Thailand.
Jadual perjalanan berlepas dari Hat Yai pula adalah pada 3 petang waktu Thailand dan tiba di Butterworth pada 9.46 malam.
Terma dan syarat untuk tren MySawasdee edisi Penang adalah seperti berikut:
– Satu kadar tambang sahaja dijual iaitu tiket dewasa.
– Tiada tambang kanak-kanak atau konsesi ditawarkan.
– Kadar tambang adalah bagi satu zon laluan sahaja iaitu Butterworth – Hat Yai dan Hat yai – Butterworth.
– Penumpang boleh memilih stesen permulaan selain dari Butterworth seperti dinyatakan di atas.
– Harga tiket juga tidak termasuk makanan/minuman/pakej lawatan di Hat Yai.
– Penumpang diwajibkan turmn di stesen Padang Besar baig pemeriksaan pasport SAHAJA sebelum meneruskan
perjalanan ke Hat Yai.
– Penumpang menaiki tren MySawasdee dari stesen Hat Yai diwajibkan turun membawa semua bagasi dan barangan anda di stesen Padang Besar bagi pemeriksaan Jabatan Imigresen & Kastam.
Jadi, untuk orang Utara yang ingin bercuti di Hatyai dengan cara lebih mudah, boleh gunakan perkhidmatan tren MySawasdee.
Semoga bermanfaat buat anda semua!
Baca juga: ‘Syurga’ Makanan & Tempat Shopping Di Hatyai. Patutlah Orang Malaysia WAJIB Pergi Sini!
Sumber: Facebook KTM Berhad
Kredit imej: Tripadvisor