Percutian

‘Syurga’ Makanan & Tempat Shopping Di Hatyai. Patutlah Orang Malaysia WAJIB Pergi Sini!

1
SHARES
MENARIK DI HATYAI

Hatyai merupakan negara paling popular dalam kalangan pelancong terutamanya rakyat Malaysia kerana jaraknya yang dekat dan harga di sana berpatutan. Jika anda ingin bercuti di sana, ini beberapa tempat menarik di Hatyai boleh dilawati.

Percutian anda tidak lengkap sekiranya 10 tempat menarik di Hatyai ini tidak disinggah. Nak tahu di mana? Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Bercuti Di 6 Negara Ini Boleh Jadi Mimpi Ngeri Kalau Bawa Anak, Sila Pilih Tempat Lain!

MENARIK DI HATYAI ANDA KENA SINGGAH, RUGI KALAU SKIP

1. ASEAN Night Market

MENARIK DI HATYAI

ASEAN Night Market antara tempat menarik di Hatyai untuk anda lawati sekiranya berada di sini. Terletak di kawasan selatan Thailand, pasar malam ini sangat popular dalam kalangan pelancong kerana menawarkan pelbagai barangan dengan harga berpatutan, termasuk makanan, pakaian, aksesori, dan cenderamata.

Antara tarikan utama di ASEAN Night Market Hatyai adalah makanan yang dijual di tingkat dua pasar tersebut. Pelbagai makanan jalanan Thailand seperti somtam (salad betik), pad thai, tomyam, pancake Thailand, pencuci mulut tradisional, serta makanan laut segar.

Di sini juga anda boleh membeli pakaian, beg tangan, kasut, dan aksesori pada harga yang sangat berpatutan. Kebanyakan barangan yang dijual sesuai untuk pelancong yang ingin membeli cenderamata.

Suasana di ASEAN Night Market sangat meriah terutama sekali jika anda berkunjung pada musim cuti sekolah. Ia juga sering dikunjungi oleh pelancong dari Singapura, dan negara ASEAN lain.

2. Menarik di Hatyai – Pasar Terapung Hatyai Khlong Hae

MENARIK DI HATYAI

Pasar Terapung Hatyai Khlong Hae merupakan salah satu tarikan unik dan pertama di selatan Thailand. Pasar ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik di atas bot-bot kecil di sepanjang sungai.

Antara keistimewaan Pasar Terapung Klong Hae hidangan makanan Thai yang dijual dari bot-bot terapung. Anda boleh menikmati makanan jalanan seperti tom yam, pulut mangga, roti pisang, udang bakar dan lain-lain.

Lebih menarik lagi, minuman pula disajikan dalam bekas tradisional seperti buluh atau tanah liat untuk anda menikmatinya. Pasar ini juga menjual pelbagai kraf tangan tempatan, pakaian tradisional, dan cenderamata, yang sesuai dibawa pulang untuk diberikan kepada ahli keluarga.

Pasar Terapung Klong Hae dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad dari jam 3 petang hingga 9 malam, jadi ia adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi pada hujung minggu.

Pasar ini menjadi destinasi wajib bagi pelancong yang ingin mengalami keunikan pasar terapung dalam suasana tradisional dan santai di Hatyai.

3. Kim Yong Market

TEMPAT MENARIK DI HATYAI

Menarik di Hatyai selanjutnya adalah Kim Yong Market di mana pasar ini menawarkan pelbagai jenis barangan dari makanan, barangan kering, hingga produk elektronik dengan harga yang berpatutan.

Di Kim Yong Market anda boleh membeli snek popular Thailand seperti kacang gajus, buah-buahan kering, kerepek, dan juga coklat import. Buah-buahan segar seperti durian, mangga, dan longan juga ada dijual di sini.

Bukan itu sahaja, jika anda mencari rempah Thailand, teh dan produk tempatan lain, Kim Yong Market adalah tempat paling sesuai untuk disinggah.

Selain itu, terdapat juga pakaian, beg tangan, kasut, dan aksesori yang dijual pada harga berpatutan. Penjual dan pembeli di sini sibuk tawar-menawar untuk mendapatkan keuntungan.

4. Menarik di Hatyai – Central Festival Hatyai

TEMPAT MENARIK DI HATYAI

Central Festival Hatyai antara tempat menarik di Hatyai untuk dikunjungi kerana ia merupakan pusat membeli-belah moden terbesar di Hatyai, Thailand.

Suasana di sini lebih moden dan selesa kerana berhawa dingin berbanding tempat yang disenaraikan di atas. Jika anda ingin membeli barangan berjenama seperti Gentle Woman, Uniqlo, Nike, Adidas dan lain-lain, ini adalah tempat bersesuaian.

Di sini juga anda boleh membeli roti bun viral di After You Cafe yang terletak di aras 1 bangunan tersebut. Anda juga boleh menikmati pelbagai makanan tradisional Thailand di medan selera yang disediakan.

5. Lee Garden Plaza

MENARIK DI HATYAI

Lee Garden Plaza adalah salah satu pusat membeli-belah ikonik di tengah-tengah bandar Hatyai, Thailand. Terletak di Jalan Sanehanusorn, pusat ini menjadi tumpuan utama pelancong.

Pasar malam di Lee Garden Plaza antara yang terkenal kerana dipenuhi dengan gerai yang menjual makanan jalanan, pakaian, dan aksesori, menjadikannya tempat yang menarik untuk bersiar-siar pada waktu malam.

6. Menarik di Hatyai – 7-Eleven 

7-Eleven di Thailand antara kedai serbaneka wajib dikunjungi kerana menawarkan pelbagai makanan dan minuman viral. Antara yang boleh beli adalah burger sedia ada, minuman teh ais, coklat dan lain-lain.

7. Kaitod Meena

MENARIK DI HATYAI

Tak lengkap percutian anda jika tidak menikmati nasi khaomok di Kaitod Meena yang terletak di kawasan Kim Yong Market. Hidangan nasi dan ayam goreng rangup itu membuatkan gerainya dipenuhi dengan pelancong.

Ayam goreng di sini biasanya disajikan bersama dengan sos cili Thai yang manis dan pedas. Gabungan rasa rangup ayam dan kehangatan sos cili menambah kelazatan setiap gigitan.

8. Menarik di Hatyai – Seaverse Hatyai

TEMPAT MENARIK DI HATYAI

Seaverse Hatyai adalah salah satu kafe bertemakan bawah laut yang sangat popular di Hatyai, Thailand. Selain menawarkan pelbagai jenis menu hidangan makanan dan minuman, Seaverse Hatyai juga terkenal sebagai tempat yang menarik untuk bergambar.

9. Kaitod Decha

TEMPAT MENARIK DI HATYAI

Selain Kaitod Meena, Restoran Kaitod Deecha juga menarik di Hatyai untuk anda kunjungi. Hari pertama di sini tidak lengkap jika tidak menikmati teh ais, tom yam udang, ayam goreng Thai, udang masak asam dan beberapa menu lain.

Pulut ayam dan pulut mangga di sini anda perlu cuba kerana rasanya yang sedap!

10. Dimsum Chabura

MENARIK DI HATYAI

Tempat menarik di Hatyai terakhir sekali adalah Dimsum Chabaru. Sudah pastinya pelbagai hidangan dimsum boleh menjadi pilihan anda untuk sarapan bersama keluarga.

Di sini, ada juga menu lain seperti tomyam goreng, daging goreng Thai dan lain-lain.

10 tempat menarik di Hatyai ini jangan lupa untuk berkunjung sekiranya anda bercuti di sini. Seronoknya!

Baca juga: 9 Lokasi Negara Paling Sejuk, Suhu Serendah -70°C Memang Menggigil-Gigil, Kalau Pergi WAJIB Pakai Sweater Tebal!

Sumber: Go Thai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×