Pemilihan yang teliti mengenai tempat untuk bercuti bersama keluarga amat penting kerana sesetengah negara tak kids friendly dan ia membuatkan percutian anda lebih sukar.
Negara tak kids friendly atau tidak mesra kanak-kanak perlu dielakkan atas beberapa faktor seperti keselamatan yang rendah, kekurangan kemudahan awam dan persekitaran yang tercemar. Ikuti perkongsian penuh di bawah.
NEGARA TAK KIDS FRIENDLY, BOLEH PILIH TEMPAT LAIN
1. India (kawasan bandar sesak)
Walaupun India mempunyai banyak destinasi mesra keluarga, namun bandar-bandar besar seperti Delhi dan Mumbai sering mengalami kesesakan lalu lintas, pencemaran udara yang teruk, dan suasana yang padat serta bising boleh memberi kesan kurang baik kepada kanak-kanak.
2. China (bandar besar)
Negara tak kids friendly seterusnya adalah kota-kota besar seperti Beijing dan Shanghai kerana sering menghadapi masalah pencemaran udara yang tinggi dan kesesakan lalu lintas.
Di samping boleh menjejaskan kesihatan, perkhidmatan awam untuk permainan kanak-kanak agak terhad di kawasan bandar yang padat.
3. Negara tak kids friendly – Korea Selatan
Korea Selatan khususnya bandar besar seperti Seoul merupakan negara maju dengan pelbagai kemudahan moden namun pengangkutan awam yang disediakan kurang mesra kanak-kanak.
Hal ini kerana pengangkutan awam yang disediakan tidak mempunyai akses bersesuaian kepada ibu ayah yang membawa stroller. Difahamkan, anda perlu menaiki beberapa tangga sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan kereta api.
4. Tokyo
Jika anak-anak anda peminat Pokemon atau anime, mereka mungkin sudah mula menyimpan impian untuk bercuti di Jepun. Walau bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk si kecil anda kerana bandar seperti Tokyo terlalu sesak dan kurang aktiviti bersesuaian untuk kanak-kanak.
5. Bangkok
Negara tak kids friendly seterusnya adalah Bangkok, Thailand kerana mempunyai pelbagai aktiviti yang tidak bersesuaian dengan umur mereka.
6. Negara tak kids friendly – Mesir
Di sesetengah bandar utama di Mesir seperti Cairo, memiliki lalu lintas yang sesak dan infrastruktur tidak mesra pejalan kaki serta kanak-kanak.
Ini membuatkan ia agak mencabar bagi ibu ayah untuk membawa anak bercuti di Mesir. Ruang awam untuk kanak-kanak bermain juga terhad, dan suhu yang sangat panas menyebabkan sukar untuk melakukan aktiviti luar.
Kesimpulannya, sekiranya ibu ayah ingin bercuti, elakkan beberapa negara tak kids friendly seperti senarai di atas ini.
Baca juga: Senarai Hotel Di Pahang Yang Ada Sijil Halal, Tak Perlu Rasa Was-Was!
Sumber: Travel Triangle