Bagi anda yang tidak tahu, negara paling sejuk di dunia adalah terletak di kawasan kutub atau kawasan dengan iklim subarktik. Cuaca di beberapa negara ini difahamkan pernah mencatat suhu serendah -50°C hingga -70°C pada musim sejuk.
Beberapa negara paling sejuk ini memiliki sejarah tersendiri dan hari ini penulis ingin kongsikan untuk anda membacanya. Ikuti perkongsian penuh di bawah.
Baca juga: Bercuti Secara Solo Tanpa Takut Di 9 Tempat Ini, Lelaki & Perempuan Boleh Pergi!
9 NEGARA PALING SEJUK, MENGGIGIL BILA SAMPAI SINI
1. Sungai Prospect, Alaska
Sejak tahu 1990-an Sungai Prospect yang terletak di bawah Garisan Artik ini tidak berpenghuni dan ia merupakan salah satu destinasi negara paling sejuk.
Pada Januari 1971, difahamkan suhu terendah sungai ini adalah -62.1 darjah Celsius. Dengan iklim subartiknya, bandar ini secara konsisten terkenal dengan musim sejuk di Amerika Syarikat dan pemegang rekod suhu paling rendah di benua AS.
2. Negara paling sejuk – Snag, Wilayah Yukon, Kanada
Lokasi kedua negara paling sejuk adalah di Snag yang terletak di sempadan Alaska-Yukon. Difahamkan cuaca paling sejuk adalah direkod pada tahun 1947 iaitu -63.0 darjah Celcius.
Snag juga menjadi lokasi pendaratan cemas semasa berlakunya Perang Dunia Kedua dan kampung ini menempatkan kira-kira 10 penduduk tempatan dan 20 orang penyelidik.
3. North Ice, Greenland
Stesen penyelidikan North Ice pernah dianggap sebagai negara paling sejuk di Hemisfera Utara dengan suhu −66.1 darjah Celsius pada Januari 1954.
4. Negara paling sejuk – Finland
Finland, sebuah negara di Eropah Utara, terkenal dengan cuaca yang sejuk. Beberapa suhu paling rendah di negara ini biasa berlaku di Lapland, di mana suhu -30 darjah Celsius (-22 darjah F).
Di Helsinki, suhu biasanya dari -5 hingga -15 darjah Celsius (23 hingga 5 darjah F). Walaupun dalam keadaan sejuk, orang Finland sangat mengemari dan menikmati cuaca ini dengan pelbagai aktiviti luar.
5. Oymyakon, Siberia, Rusia
Ahli meteorlogi pernah mencatatkan bahawa Oymyakon mengalami paras sejuk -67.7 darjah Celsius pada 1933. Maraton juga pernah berlangsung di sini dan pelari terpaksa ‘berlawan’ dengan cuaca sejuk sejauh 42 kilometer.
6. Stesen Vostok, Antartika
Sehingga kini, Stesen Vostok, Antartika masih dianggap sebagai negara paling sejuk di dunia. Pada tahun 1983, suhu rendah pernah direkodkan iaitu -89.2 darjah celcius. Fuh!
7. Mongolia
Ibu negara Mongolia, Ulaanbaatar merupakan salah satu kawasan yang mengalami cuaca sejuk dengan suhu sekitar -30 darjah Celsius (-22 darjah F).
8. Negara paling sejuk – Rusia
Negara paling ramai penduduk di dunia, Rusia, terkenal dengan iklim sangat sejuk dan musim sejuk yang panjang. Salah satu lokasi paling sejuk di dunia adalah Norilsk, di Siberia, di mana suhu biasanya di bawah -30 darjah Celsius (-22 darjah F).
Walaupun kawasan rumah dilitupi dengan salji, namun ia tidak menghalang penduduk setempat untuk melakukan aktiviti harian seperti bekerja dan lain-lain.
9. Denali, Alaska, Amerika Syarikat (AS)
Negara paling sejuk terakhir sekali Denali, Alaska yang merupakan gunung ketiga tertinggi daripada tujuh gunung tertinggi dunia.
Di kawasan ini, suhu serendah -73 darjah Celcius pernah direkodkan dan data itu diperoleh daripada termometer yang ditinggalkan di lereng pada ketinggian kira-kira 4,600 m pada tahun 1913.
Itu sahaja perkongsian untuk 9 negara paling sejuk ini. Berapa lapis baju agaknya kena pakai jika ke sini?
Sumber: Harian Metro & Best Diplomats