Setiap orang memiliki minat tersendiri dan ada yang memilih untuk melakukan solo travel berbanding bersama rakan-rakan. Hal ini kerana difahamkan lebih bebas dalam membuat keputusan.
Tidak kira lelaki atau wanita, kedua-duanya boleh melancong seorang diri namun pemilihan tempat perlulah selamat agar keselamatan diri terjaga. Jadi, artikel kali ini penulis ingin kongsikan beberapa tempat sesuai untuk dijadikan pilihan dalam solo travel.
SOLO TRAVEL LEBIH SELAMAT JIKA BERCUTI DI SINI
Berikut adalah senarai tempat yang sesuai untuk solo travel:
1. Kyoto, Jepun
Kyoto merupakan bandar yang sangat aman dan teratur di Jepun. Sekiranya anda ke sini, pelbagai tempat menarik ada dan dapat merasai sendiri keistimewaan budaya tradisional Jepun.
Selain itu, pengangkutan awam juga tersedia dan mampu membuatkan percutian anda di Kyoto semakin mudah.
2. Bali, Indonesia
Bali, antara tempat popular dalam kalangan solo travel kerana suasananya yang meriah. Terkenal dengan pantai, kuil, dan budaya tempatan menjadikannya destinasi pilihan ramai.
3. Solo travel – Bangkok, Thailand
Bangkok merupakan ‘syurga’ makanan dan tempat membeli-belah buat anda. Selain penginapan yang murah, penduduk tempatan juga sangat mesra dan mudah berinteraksi.
4. Chiang Mai, Thailand
Selain Bangkok, Chiang Mai turut boleh disenaraikan antara tempat yang sesuai untuk solo travel baik lelaki atau wanita. Bagi anda pencinta alam semula jadi dan budaya, ini adalah destinasi patut dikunjungi.
5. Melbourne, Australia
Selanjutnya, jika mempunyai bajet lebih dan inginkan sedikit kelainan, anda boleh memilih Melbourne sebagai destinasi percutian secara berseorangan.
Bandar moden dan selamat ini mempunyai pelbagai tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan. Jangan lepaskan peluang untuk merasai beberapa kopi popular di sini.
6. Solo travel – Lisbon, Portugal
Pengemar sejarah dan seni bina, percutian solo anda tidak lengkap jika tidak memilih Lisbon, Portugal. Bandar yang ceria dengan pemandangan indah dan pengangkutan awam sangat mudah untuk digunakan.
7. Korea Selatan
Bercuti di Korea Selatan adalah pengalaman yang menarik, terutama untuk mereka yang ingin menikmati gabungan budaya tradisional dan moden.
Antara tempat menarik di Korea Selatan adalah Istana Gyeongbokgung, Bukchon Hanok Village, Nami Seoul Tower dan Myeongdong.
8. Vancouver, Kanada
Solo travel boleh Vancouver, Kanada kerana ia merupakan antara bandar yang terkenal dengan keselamatan dan keramahan penduduk tempatan. Pemandangan alam yang indah dengan aktiviti luar seperti mendaki gunung dan berkayak membuatkan ia diminat ramai.
9. Solo travel – Hanoi, Vietnam
Tempat terakhir boleh dipilih sekiranya ingin bercuti secara bersendirian adalah Hanoi, Vietnam. Pengalaman budaya di sini sangat unik dan makanan tempat juga dijual dengan harga berpatutan.
Setiap destinasi di atas ini menawarkan pengalaman unik dan sesuai untuk travel solo baik lelaki atau wanita yang ingin menjelajahi dunia.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: 15 Tempat Menarik Di Indonesia, Tak Jemu Mata Lihat Keindahan Alam Semula Jadi
Sumber: ivisa