Didik

Malaysia Antara 11 Negara Paling BAHAYA Untuk Wanita Travel Solo, Mengejutkan!

66
SHARES
solo travel

Pergi mengembara secara bersendirian dalam kalangan wanita semakin menjadi trend terkini. Hal ini mungkin disifatkan sifat berdikari dan rasa berani yang tinggi telah mempengaruhi tindakan mereka untuk melakukan solo travel.

Namun, sebelum anda pergi menjelajah dunia, perlulah ketahui 11 negara paling bahaya untuk wanita mengembara secara solo.

Baca juga: 6 Tips Tahan Berak Bila Jalan Jauh, ‘Confirm’ Tak Tercirit Dalam Kereta!

SOLO TRAVEL WANITA

solo travel

Gambar: Asher & Lyric Fergusson

Dalam usaha untuk membantu menentukan tempat paling teruk bagi pengembara wanita solo, wartawan Asher dan Lyric Fergusson (blog memfokuskan pada keselamatan pengembara) telah mengeluarkan Indeks Bahaya Wanita yang baharu. Di mana, mereka telah menyenaraikan negara paling berbahaya di dunia untuk wanita mengembara bersendirian.

Duo suami-isteri itu meletakkan 50 negara dengan kemasukan pelancong antarabangsa paling ramai dengan menggunakan lapan faktor berikut:

  • Keselamatan jalanan untuk wanita
  • Pembunuhan wanita dengan sengaja
  • Keganasan seksual bukan pasangan
  • Keganasan pasangan intim
  • Diskriminasi undang-undang
  • Jurang jantina global
  • Indeks ketidaksamaan jantina
  • Keganasan terhadap sikap wanita

Data tersebut disusun menggunakan sumber daripada Gallup World Poll 2018 hingga Equal Measures 2030’s Gender Advocates Data Hub.

Baca juga: Tempat Camping Murah & Lengkap Semua Kemudahan, Harga 1 Malam Tak Sampai RM50 Pun!

1. Afrika Selatan

Afrika Selatan mencatatakan permakahan yang buruk terhadap faktor keselamatan jalanan, pembunuhan sengaja terhadap wanita dan keganasan seksual bukan pasangan. Mengikut sejarah, wanita yang melancong ke Afrika Selatan diberi amaran untuk tidak mendaki, memandu, berjalan atau bergerak secara bersendirian.

Mengikut metrik kajian ini, Afrika Selatan adalah pilihan paling berbahaya untuk pengembara solo wanita.

2. Brazil

Negara kedua paling berbahaya untuk pengembara solo wanita adalah Brazil kerana mendapat markah buruk dalam kedua-dua keselamatan jalanan dan pembunuhan sengaja terhadap wanita. Kerajaan Amerika Syarikat memberi amaran kepada pelancong supaya tidak berjalan bersendirian pada waktu malam di Brazil atau cuba menentang cubaan rompakan secara fizikal.

3. Rusia

Rusia pula negara ketiga berbahaya untuk pengembara solo wanita. Hal ini kerana, negara tersebut mendapat markah buruk dalam pembunuhan sengaja terhadap wanita.

4. Mexico

Data menunjukkan Mexico menduduki tempat keempat sebagai negara yang berbahaya untuk pengembara solo wanita atas faktor keselamatan jalanan dan keganasan seksual bukan pasangan.

5. Iran

Walaupun terdapat kadar pembunuhan sengaja yang rendah ke atas wanita di Iran, namun jurang jantina global adalah yang paling teruk. Manakala, negara itu juga mendapat markah yang teruk untuk ketidaksamaan jantina dan diskriminasi undang-undang.

Baca juga: Cara Jimat Pergi KLIA2 Tak Sampai RM10 Pun & Tak Perlu Keluar Duit Untuk E-Hailing!

pengembara

Gambar: Asher & Lyric Fergusson

6. Republik Dominica

Kajian mendapati Republik Dominica tidak selamat untuk wanita yang melancong bersendirian. Negara ini mendapat markah yang sangat teruk dalam keselamatan jalanan dan ketidaksamaan jantina.

7. Mesir

Mesir adalah negara ke-10 paling teruk untuk keselamatan jalanan. Ia juga mempunyai kedudukan yang buruk dalam kedua-dua jurang jantina global (keempat terburuk) dan ketidaksamaan jantina (ketujuh terburuk).

8. Maghribi

Maghribi adalah negara paling teruk dalam senarai keganasan pasangan intim. Bagi faktor jurang jantina global (ketiga terburuk) dan ketidaksamaan jantina (kedua terburuk), kedua-duanya juga mendapat markah yang teruk.

9. India

India menduduki tempat paling teruk dari segi ketidaksamaan jantina dalam kajian itu. Ia juga mempunyai kedudukan yang buruk untuk keganasan pasangan intim (kelima terburuk).

10. Thailand

Thailand mempunyai markah terburuk dalam senarai berkenaan keganasan terhadap sikap wanita (pertama terburuk) dan menduduki tempat ke-10 terburuk secara keseluruhan.

Baca juga: Jom Bawa Anak-Anak Ke 15 Destinasi Riadah KL Ini, Tentunya Dekat Dengan MRT & LRT!

DI MANAKAH KEDUDUKAN MALAYSIA?

11. Malaysia

pengembara

Gambar: Asher & Lyric Fergusson

Mungkin sukar untuk dipercayai, namun mengikut metrik yang dikeluarkan diskriminasi undang-undang dan keganasan terhadap sikap wanita di Malaysia adalah kelima terburuk mengikut faktor masing-masing.

Secara tak lansung, meletakkan Malaysia di kedudukan ke-11 negara berbahaya untuk pengembara solo wanita dengan jumlah indeks 527.64.

Hal ini menjadikan Malaysia antara negara Asia yang paling bahaya bagi pengembara wanita solo di belakang India dan Thailand.

Selain itu, jika dilihat betapa besarnya jurang antara Singapura (negara Asia paling selamat di kedudukan 49) dan Malaysia kerana mereka hanya dipisahkan oleh jambatan pendek.

travel solo

Gambar: Asher & Lyric Fergusson

DATA PENUH 50 NEGARA TERUK & SELAMAT KEMBARA SOLO WANITA

pengembara

Gambar: Asher & Lyric Fergusson

Baca juga: Wow! Wanita Ini Kongsi Tips Bawa 7 Orang Anak Perempuan Travel Luar & Dalam Negara!

Sumber: Asher Fergusson / Forbes /

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×