Famili

“Untung Sangat…” – Atuk Buat Kereta Api Untuk Cucu Main Di Kampung, Kreatifnya!

90
SHARES
KERETA API UNTUK CUCU

Apabila sudah mempunyai cucu, pasti pelbagai perkara dilakukan demi menggembirakan mereka. Hal ini sama seperti yang dilakukan oleh seorang atuk di mana dia membuat kereta api untuk cucu.

Perkongsian Lisa Amanda di laman TikToknya berjaya menarik perhatian warganet apabila dia memuat naik satu video pendek mengenai kereta api tersebut.

Baca juga: Bayi Tujuh Bulan Hidap 6 Penyakit Kronik, Ayyash Mateen Perlu Dirawat Segera

KERETA API UNTUK CUCU TARIK PERHATIAN WARGANET

KERETA API UNTUK CUCU

Menerusi video berdurasi kurang satu minit, dapat kita lihat anak kecil yang begitu teruja kerana menaiki kereta api tersebut. Bukan itu sahaja, ibu ayah juga tidak melepaskan peluang mencuba kereta api untuk cucu yang dibuat sendiri oleh atuk mereka.

“Aktiviti bila balik kampung suami. Suasana kampung dengan kena kejar angsa. Seronok sangat balik kampung kita naik kereta api, pusing-pusing. Terima kasih Tok Ayim. Semoga dimurah rezeki,” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, Tok Ayim tinggal di Melaka dan kereta api untuk cucu ini dibina sendiri di dalam kawasan rumah. Ini bertujuan agar keselamatan seluruh ahli keluarga terjaga.

Keseronokan ini sudah tentunya menjadi kenangan buat Lisa Amanda sekeluarga kerana tanpa mengira usia, semua orang boleh mencuba bermain menggunakan kereta api tersebut.

Ruangan komen video Lisa Amanda sudah tentunya dibanjiri komen warganet yang turut teruja melihat kreativiti seorang atuk demi mengembirakan cucu-cucunya.

Tambah warganet lagi, ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menarik minat si kecil agar sentias ingin pulang ke kampung untuk menaiki kereta api.

“Wow, memang kreatif. Cucu pun mesti tak boring bila balik kampung. Tak ada lah main telefon sahaja. Untung cucu dapat atuk macam ini,” komen warganet.

Dalam pada itu, ada juga turut berseloroh menyatakan hasrat mereka untuk datang ke rumah ini dan bermain kereta api.

“Orang luar boleh datang tak? Nampak seronok pula,” kata pengguna media sosial.

Baca juga: Cikgu Luah Rasa Kecewa & Nak Berhenti Kerja, Stres Dapat Anak Murid Perangai Biadab!

Sumber: TikTok Lisa Amanda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×