Nur

Hukum Lelaki Pakai Seluar Pendek 3 Kali Berturut-turut, Take Note Kaum Adam

48
SHARES
LELAKI PAKAI SELUAR PENDEK

Umum mengetahui aurat seorang lelaki adalah bermula dari bahagian pusat sehingga lutut. Perkara ini sering diambil ringan kerana masih ramai lagi lelaki pakai seluar pendek di atas lutut.

Terdapat persoalan mengenai hal ini kerana ada yang mengatakan sekiranya memakai lebih daripada 3 kali akan dianggap fasik dan tidak layak menjadi wali. Ikuti penjelasan lengkap di bawah untuk menambah ilmu pengetahuan.

Baca juga: Hukum Petik Bunga Di Kubur Orang Lain Untuk Letak Atas Kubur Ahli Keluarga Sendiri

HUKUM LELAKI PAKAI SELUAR PENDEK LEBIH 3 KALI

LELAKI PAKAI SELUAR PENDEK

Menurut video Ustaz Azhar Idrus di YouTube, tidak salah untuk seorang lelaki memakai seluar pendek selagi mana auratnya masih terjaga. Walau bagaimanapun, jika seluar tersebut menampakkan aurat ia tidak boleh dipakai.

Secara asasnya, mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan bahawa antara pusat dan lutut itu adalah aurat, dan pusat dan lutut itu sendiri bukan aurat. Hal ini berdasarkan teguran Nabi SAW kepada Jarhad ketika mana pehanya terselak di dalam solat. Kata Nabi SAW:

غَطِّ فَخِذَكَ فَإِنَّهَا مِنْ الْعَوْرَةِ

Maksudnya: “Tutuplah peha mu kerana peha itu aurat.”

Ini bermakna melanggar larangan atau perintah akan dipanggil fasik walaupun sekali, dua kali dan tiga kali melakukan perkara tersebut.

Jelasnya juga, orang lelaki yang memakai seluar pendek lebih daripada tiga kali di khayalak ramai, dia tidak boleh menjadi wali nikah, saksi nikah, saksi melihat anak bulan, tidak boleh menjadi saksi hudud dan sebagainya.

Namun sebagai hambaNya, tugas kita adalah sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Dinasihatkan agar sentiasa perbanyakkan istighfar supaya diampunkan dosa.

Jadi, sebagai seorang lelaki Muslim hendaklah menjaga aurat dengan sempurna kerana perkara kecil seperti ini boleh memberi impak yang besar dalam kehidupan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua. Sama-sama kita ubah menjadi insan berguna dan bertkawa kepada Allah SWT.

Baca juga: Himpunan Doa Untuk Anak Lelaki & Perempuan Dari Al-Quran, Jadi Insan Berguna…

Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus & Maktabahalbakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×